Monday 24 December 2012

Diabaikan. FULLSTOP.

Sunyi . . Sunyi . . Sunyi . .
Nampak x betapa sunyinya aku ? hehehe
Siyezlaa aku memang sunyi . . hmm . .
Apa boleh buat kalau memang orang kat sana tu tak nak pedulikan aku .
Aku tak paham.
And aku memang betol2 x paham.

Aku dapat rasakan sekarang aku bukan jenis yang sukakan cinta jarak jauh.
Yup !! Aku x suka !!
Lain orang, lain pandangan kan..
Awal dulu, aku cuba untuk sesuaikan diri dengan jarak ni semua.
Tapi, makin lama makin aku rasakan yang jarak ni menyeksakan aku.
Kadang-kadang, aku tak mampu nak handle diri aku sendiri.
Sape yang tak rindu kan..
Cuma boleh berhubung melalui phone jaa.

Jumpa pun, berapa bulan sekali ja.
Aku tak taulah.. Ke memang aku yang problem erk ?
Haha..
Boleh lagi hang gelak kan Zaf ? erghhh.. tengah sedih nih !

Memang aku tengah sedih pun.. huhuhu..
Aku semakin diabaikan.
Aku tau, aku bukan sebahagian dari family dia pun.
Aku cuma orang luar.
Aku takde apa2 hak pun kat dia kan?
Cuma yang pasti, aku ada hati dan perasaan.
Aku bukan patung ke batu ke.
Kalau dia nak buat aku macam TISU je, baik jangan bagi pape harapan kat aku.
Sedih aku.. marah aku.. langsung tak dipedulikan.
Apa yang aku mampu buat sekarang, cuma diam dan bertahan.
Aku cuba untuk bersabar dengan setiap kata-kata dia, dan layanan dia yang macam ni dekat aku.
Walaupun kadang-kadang, aku rasakan hidup sendiri lebih baik.
Hmmmmmmmmm........

Thursday 20 December 2012

19.12.2012

Assalammualaikum !
Jawabla, jangan x jawab . Dosa kot ! Hehehe
Start cuti, aku dah x update pulak blog nih .. Haishhh.. Busy sikit ..
(busy tido je *_*) 
Al- maklumlah , x femes di khalayak ramai .
So, nak memfemeskan diri pun malaslah kann ? Haha
# maaf , penyalahgunaan bahasa melayu di sini #

Actually , date ni semalam. Tapi baru nak kecoh hari ni. 
Nampak x kemalasan dan ketinggalan di situ ?
So, semalam memang ramailah kan yang amek result PMR.
Woooo !!! Sape yg straight A's tu CONGRATS !!
Sape yang tak berapa cemerlang pulak, jangan patah semangat.
SPM ada lagi . Err.. SPM ?? huhu
Aku tak nak ingat lagi pasal SPM. Sedih bangat ..
Even SPM tu susah , tapi kalau korang tak memain macam aku ni, 
In syaa Allah akan dapat result yang membanggakan okey .
Dah boleh agak kan result aku macam mana ? Haha

Tapi , yang lebih membanggakan aku , bebudak sekolah aku dulu (SMK SULTAN BADLISHAH)
berjaya pecah rekod PMR batch kami dulu.
Tau dapat berapa ?
194 orang dapat straight A's !!!
Kenapa x masuk dalam Tv erk ? 
# ayat riak di situ. harap maaf.

Dalam semua bebudak amek result PMR, kami pelajar UNIKL RCMP sem 1 pulak dengan penuh debaran di dada menyemak keputusan peperiksaan akhir semester 1 !
Amboih, bukan main panjang lagi ayat aku ! Baku pulak tuh ! HAHA
Aku pun dengan tidak sabarnya try la check . . .
And bila bukak . . . . . . . .

ALHAMDULILLAH !!
Aku berjaya jugak dapatkan target aku ! Which is , Dean List !! Bersyukur tak tau nak kata dah.
Guling-2 , lompat-2 , errr.. semua yang menampakkan kegembiraan lah ! Haha
# ayat apa yang aku tulis ni ?? =.="

Yang pasti, aku gembira sangat2..
Dan lepas tuh, mulalah kepoh pasal result kat FB , kat Twitter ..
Alahai , dah x larat eden nak tengok.
Lepas nih , try to get the same thing jgk utk sem depan.
AMIN ...

Thursday 29 November 2012

Hostel - 1001 cerita -

Assalammualaikum !
Yo, wassup ! Hahaha.. Aku baru jer habis sem 1. 
Tahun depan jadi SENIOR meh !! Hahaha
(Poyo jerr.. baru masok sem 2, dah bajet2 nak jadi senior macam sem 6. )

Kelmarin, aku dah serahkan balik kunci hostel. Nak tengok macam mana rupa hostel UNIKL RCMP ??
Jeng ! Jeng ! Jeng !



Ni lah asrama Sri Murni ! Cantik tak ? uhuk .. uhuk ..

Dulu sebelum aku masuk, aku terbayangkanlah betapa cantiknya hostel yang bertingkat-tingkat ,
ada padang riadah , library ke ape .
Sekali kena stay sebelah asrama INDON ! huarghhhhhhhhh T_T
Seriously first week aku dok sana , macam pelarian gi.
Setiap pagi kena tunggu bas sambil melihat free show mat-mat bangla bawak mangkuk tingkat pi kerja.
Best tak ? Hahaha



Ni lah bilik hostel. Aku stay bilik yang dua orang. Ada jugak bilik yang 4 orang. 


Meja study aku !!! Haha.. Ada nampak cermin tu ? Cermin aku lah tu ! 
Disebabkan dia telah pecah, aku tinggal je dia kat bilik tu.
Manalah tau kot-kot boleh jadi Magic Mirror ke ! Kuang..kuang..kuang..

Ceyezly, banyak sangat citer kat hostel selama aku duduk.
Bukan citer hantu k ! Hostel ni selamat , dun wori ! heeee..

Aku harap, korang dapat roommate yang okey-okey la yer kalau dapat masuk sini.
Aku tunjuk ni pun sebab dulu aku ada search hostel unikl rcmp tapi xde pun diorang tunjuk rupa bilik.
Ni sebagai persediaan jer. Xde nak memburukkan pape.. Orait ? Tata !

Good Bye SEMESTER 1 !!

Friday 16 November 2012

Baru balik dari Istanbul

Assalammualaikum readers !
Hye u ollss.. dah lama aku menghilangkan diri kan ?
Maklumlah , busy shooting dekatt Istanbul . 
Err.. please lah Zaf , jangan nak perasan jadi Lisa Surihani sangat .

Okey, okey, okey .. Itu adalah iklan semata-mata . Hehe .. Actually, aku baru lepas tengok citer tu je . 
Istanbul Aku Datang !


Haa.. ni lah gambar dyer.. erk, gambar ker ? watever laa..

Actually (utk kali yg kedua) xde la baru sangat aku tengok citer ni. Meaning, sekarang ni aku bukanlah baru je balik dari panggung and still bau pop-corn kat aku . Aku tengok citer ni malam semalam . Sebabnya , nak update semalam, tapi bantal aku lebih menarik perhatian aku . So, apakan dayaku.. hew hew hew :3

Bagi aku, citer ni xdela romantik sangat . Cuma satu perkataan aku dapat berikan untuk gambarkan keseluruhan citer ni, CUTE !!!


Sekiut Lisa Surihani ...... :)

Malangnya !! Tiket wayang ntah kenapa mahal hari tu! Huh ! Tapi, demi Lisa Surihani , aku sanggup jugak bayar. 

Lepas aku tengok wayang tu, aku jalan2 dengan Mr. F ! Heheheh.. al-maklumlah , dah berbulan tak jumpa. Terpisah dek highway utara selatan . okey, ayatku yang poyo sekali.
So, dia belanja aku DUA slice kek . huhuhu.. slice pun jadilah kan..

Nak tau kek apa? urmm..yummm..yumm.. 
First , blue berry cake = > for my past bufday
Second , black forest cheeze cake = > for our 5th anniversary

note* kadang-kadang Mr.F ni romantik jugak. ngeeeee ...





Sedap ? nanti ajak mak pi beli nah ? Haha ..

Okey, bubbye ! Wish me luck for my final exam next week !!





Sunday 2 September 2012

Sweet 18th !!!

~ Happy birthday to me ~
~ Happy birthday to me ~
~ Happy birthday to myself ~
~ Happy birthday to me . . . ~

HAHA .. gila seh, nyanyi kat diri sendiri ! Takpe, tak salah hiburkan hati sendiri kan ?
Kalau bukan diri kita , sape lagi .. 
Btw, semalam adalah birthday aku . 1 SEPTEMBER !
Ha, nampak tak ? Besar gedabak aku tulis . wakakaka..
Pertama sekali, aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab panjangkan umur aku .
Aku harap, aku dapat balas jasa orang tua aku dulu sebelum nyawa aku diambil .
Walaupun aku tau, jasa orang tua aku takkan boleh balas pun. Huhu . . .

Sekarang, TARIKH LAHIR tu dah macam tak bagi makna apa2 bagi aku. 
Maksud aku, macam wish ke, ape ke ..
Semuanya dah lain.. Tak macam dulu ..
Apa yang aku harapkan berlaku pada bufday aku tu, tak pernah jadi pun ..
Yeah, maybe semua ni tak penting pun kan ?
Aku je yang over nak lebih2 hingga susahkan orang kot . Haishhhh ...

Tapi, aku dapat surprise dari kawan2 aku !
First time aku dapat surprise macam tu .. Ceyezly terharu !!!
Dah la kawan2 baru .. 
Thankz sangat2 kat Dayah , Fatin, ngan Fal sebab hadiahkan t-shirt comel tu . :)

# sometimes we have to pretend to be happy in front others even our heart does not create smile like our lips . . .

Saturday 11 August 2012

Keliru


Assalammualaikum ! Kenai aku lagi ? haha.. dah berkurun aku tak update blog nih. Apa punya blogger la aku ni kan . Ish..Ish..Ish.. Actually aku baru masuk universiti, so mood and suasana dah berubah. kononnye..  
Okey, seriously mula-mula masuk sini aku memang tak best ! Dengan kawan xde, memang boring tahap vangang la ! Haha.. Dengan orientasi yang macam ape lagi walaupun dia punya venue orentation tu ohsem. Paham tak ? Okey, aku telah mengkonfiuskan ayat aku sendiri . Macam ni.. Orientasi aku dibuat dekat Pulau Pangkor. Best kan3 ? :D Best la sangat.. huhuhu
Biarkanlah pasal orientasi tu. Sekarang aku nak cakap pasal something. Something ??? Apakah itu ? Hew hew hew..
Korang pernah tak keliru antara 2 pilihan ? Tipu ar kalau kata tak pernah. Okey, perasaan tu lah yang aku rasa sekarang. Masalahnya , aku sendiri tak tahu aku keliru dengan apa. #EH !
Ha, pelik kan ? Hahaha.. Aku lagilah pelik . Hurmmmm.. susah betul nak diungkapkan dengan kata-kata. Aku tak nak ada yang terasa. Aku tak suka sakitkan hati orang. Ish ! Apa yang aku merepek ni ! Huhuhu.. Takpelah, aku tak betul. Hahaha.. =.="

Sunday 24 June 2012

Hantu atau Manusia ?!


Assalammualaikum ! Tak jawab dosa ! Hoho ..

Aku nak cerita pengalaman sebenar aku ni . Citer betul punya ! Takde main2.. Serammmmmmm siotttttt.. Bagi aku la an. Sebab aku yang rasa . Kalau korang yang baca mesti cakap ," hek eleh .. kecoh jer minah ni .." haha .. Ekceli , aku baru balik dari buat medical check-up kat satu klinik ni . Aku tak pernah pi pun klinik ni . Disebabkan dengar citer yang klinik ni murah sikit harga dia kalau buat medical check-up , aku memang kedekut. hew hew ! so aku pun pi lah klinik ni. Masa mula-mula masuk, hati aku dah merungut . Tau hati aku kata apa ? Ni haa.. "Mak aiii !! Ni klinik ka pejabat pendaftaran ?!" Hahaha .. Mau taknya, ramai siot ! Muka semuanya tak nampak sakit pun. Haha.. Okey, biar kat depa lah kan . Aku pun jalan dengan mak aku pi kaunter . Cakap punya cakap, kak tu bagi botol kecik untuk urine test . Benda ni lah yang paling aku tak suka . Baru2 masuk ja, belum sempat duduk lagi, dah suruh aku pi kencing ! Pfffttttt.. Sabor je lah . Aku pun jalanlah pi toilet . Mula2 nak ajak mak aku sekali teman , tapi, memandangkan aku rasa aku dah besar , so, wat berani pi lah kan . Haha .. padahal tandas tak sampai seminit pun jalan . Sampai kat tandas, gelap siot ! Nak kena bukak lampu pulak . Huhu.. aku pun masuklah.. Then..... Hish , takkan aku nak kena citer gak aku buat apa dalam tu ! Pikir sendiri ! Hahaha .. 

TIBA-TIBA ! 

Krikkkkkk.. Pintu terbuka !!!!!! Aku sendiri tak sedar bila masa pintu tu dibuka sedangkan pintu tu memang berbunyi ! Aku tersedar pun bila pintu tu dah nak tertutup dan aku ternampak kelibat macam sorang lelaki . Aku pun jerkah la dia . "Hoii !! " Memang nak marah giler ar . Skodeng aku tak kena tempat kenapa ! Sumpah malu !!!! Aku rasa macam nak keluar dari toilet tu pakai plastic bag je tau dak . Huhuhu.. Aku call mak aku suruh mai depan pintu tandas tu . Aku tanya, ada sape2 mai dekat pintu tu x . Mak aku cakap, takda sape2 lalu pun . Dia dengan ayah aku duduk kat depan tu, langsung tak nampak orang lalu pi toilet tu . Habis tu sape yang bukak ???!!! Aku dah mula seram sejuk . Aku sendir tak tau sape. Mak aku cakap, tu semua iblis jer. Nak kacau . Huhuhu.. Sape yang ada experience camni , tau lah kan camner rasa .

p/s : aku pun rasa memang bukan manusia. sebabnya, aku langsung tak dengar tapak kaki orang jalan. bila aku kata HOI pun, 'dia' tak cakap pape . Oh tidakkkk ! >.<

Wednesday 20 June 2012

Luahan hati seorang insan bergelar PEREMPUAN


Bila kita sayangkan seseorang , kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .
Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 
Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 
Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal  perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 
Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 
Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya . Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 

p/s : hati perempuan bukan seperti permukaan air . yang bila dibaling batu , berpecah , dan kemudian bercantum kembali . tetapi hati perempuan seperti cermin . yang pabila terluka , ia tercalar dan pecah . jika dicantumkan kembali pun,masih nampak kesan retak itu .

Tuesday 19 June 2012

Kata Penyejuk Hati

# Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu , dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang .


# Lihatlah ke arah awan , jangan lihat ke arah tanah .


# Sesungguhnya kemudahan itu datang sesudah kesulitan .


# RUGINYA seorang LELAKI apabila dia melepaskan seorang wanita yang INDAH AKHLAKNYA , demi mengejar wanita yang INDAH RUPANYA .


# " Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh meninggalkan kita ." - Imam Syafie


# Kita cuma perlukan SEMINIT untuk SUKAKAN seseorang, SEJAM untuk SAYANGI seseorang, dan SEHARI untuk MENCINTAI seseorang. Tapi SETAHUN belum tentu cukup untuk kita MELUPAKAN seseorang .


# Di setiap tempat , pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda. Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri .


# Sesungguhnya orang yang SABAR sahajalah yang disempurnakan pahala mereka  dengan tak terkira. - Surah Az-Zumar


# Lebih baik meninggalkan "sesuatu" demi Allah, daripada meninggalkan Allah demi "sesuatu" .


# Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.


# Hawa nafsu akan terus menuntut bila engkau memanjakannya tetapi jika engkau paksakan ia pada apa adanya nescaya ia mahu turuti kehendakmu .


# Kadangkala kita tidak pandai menghargai kehadiran hidup seseorang dalam hidup kita , kita menolaknya dang mensia-siakan kehadirannya di sisi kita. Dan apabila dia sudah kecewa dengan kita, pergi jauh dari kehidupan kita, & kita mula menginginkannya, barulah kita sedar dan ingin mencarinya semula . Namun saat itu TIDAK BERMAKNA lagi kerana dia telah pergi jauh membawa diri...


# Sikap menjaga diri dan malu akan MENAMBAHKAN lagi kecantikan seseorang yang TELAH sedia CANTIK .


# Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita SAYANG ,kita diberikan ujian dengan kehilangan. Allah menguji kita dengan impian yang amat kita HARAPKAN, kita tertunduk berlinang air mata saat impian kita kecundang . Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan sesuatu yang lebih berharga untukmu.


# Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku. Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku. Aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi. Tapi sesuatu yang tak bisa aku pelajari, iaitu harus tersenyum di saat orang yang aku sayang menyayangi orang lain.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan ditutup, yang lain akan terbuka. Tapi lazimnya kita memandang pintu yang telah ditutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.


# Dengan matinya sifat egois, kabahagiaan hakiki akan teraih.


# A person who TRULY LOVES you will never stop believing in you and will never let you go no matter how hard the situation is .

Friday 8 June 2012

Dendam VS Kecewa

Morning u ollss ! Haha.. Aku dah insane. Aku dah gelong. Lama-lama nanti keluaq berita aku masok wad bahagia. LOL ! =..="
Okey, lari dari tajuk kan? Aku tau. Tak payah buat muka heran sangatlah yer. Haha.. Dendam VS Kecewa ni ekceli makna apa? Kenapa ada VERSUS di situ ?

Sebabnyaaaa.. dendam dengan kecewa tu adalah dua jenis perasaan BERBEZA yang lahir dari hati kita. Korang tak caye ? Okey, ekceli perasaan ni memang nak sukar ditafsirkan sebab certain individu jer dapat membezakannya. Walaupun aku tak buat research dulu pasai benda alah ni, tapi bagi aku, memang dua perasaan ni tak sama antara satu sama lain walaupun akibat daripada perasaan ni menyebabkan kita berasa sedih, marah atau pape jer.

Kita perlu tahu yang apabila seseorang tu berDENDAM, dia sukar untuk menangis. Malah, niatnya untuk berbuat sesuatu adalah didorong oleh perasaan amarah. Pada masa yang sama jugak, orang yang berdendam ni kadangkala akan menjadi seperti "gunting dalam lipatan". Dia akan berpura-pura baik di hadapan orang yang menjadikan dia begitu, sedangkan pada waktu itu dia memasang agenda jahat untuk menjahanamkan orang tu. Wahh ayat aku, tak boleh blah betol ! Menjahanamkan u olls ! Haha..
So, orang macam ni selalunya akan mendapat kepuasan bila dia dapat menjahanamkan orang yang dia dendamkan itu.

Tapi, lain pulak dengan orang yang KECEWA nih. Apa yang lainnya ek? Sabar. Nak citerlah la ni. Hihihi.. Orang yang kecewa ni pulak didorong oleh perasaan yang sedih terlampau. Mungkin disebabkan berasa tertipu, atau lain-lain lah kan. Contoh utama , orang putus cinta lah kan. Huhuhu..
Orang yang kecewa ni lebih "selamat" berbanding orang yang berdendam tadi. Selamat pun, kena jagalah jugak kan. Karang sampai bunuh diri tu , masalah lain pulak. Huhuhu.. Individu ni lebih bersikap menyendiri. Dah tu pulak, air mata jer peneman 24 jam. Haha.. Tapi, orang yang kecewa mana pun, still akan bagi peluang kat orang yang kecewakan mereka tu untuk berubah. Tapi, beringatlah yer. Kalau selalu sangat kecewa, sape nak bagi peluang ke 3, ke 4, ke 5 pe tuh ! Walaupun orang yang kecewa ni hati dia sensitif dengan apa je yang jadi, tapi tak bermaksud dia akan terus lemah sebab sampai suatu ketika nanti, orang yang kecewa ni akan jadi lebih KUAT berbanding orang biasa tau !!

Thats all yang mampu aku leterkan and merapukan. Haha !

Wednesday 23 May 2012

Tergoda Atau Ternoda ?


Assalammualaikum ! Hoho.. Aku tak tau nak buat apa. So, aku hapdate la belog aku ni. Aku ada terbaca satu artikel ni n aku rasakn menarik jugak. Sebab bagi aku, fakta yang aku nak bagitau ni amat-amatlah betul dari pengalaman akulah. Heeeeee ~~ ^_^

Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERGODA , maka sesuatu hubungan tu kebiasaannya akan kekal.

TAPI !

Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERNODA dengan kita, dia mula-mula jer sayang bukan main lagi. Bila dah lama-lama, dia akan mula bosan.
So, check out this...

TERGODA

1. Berusaha untuk mengenali kamu dengan lebih dekat
This is mean, dia takkan pernah jemu untuk mendekati kita walaupun kita tunjukkan yang kita tak selesa @ tak suka dengannya. Malah, dia takkan putus asa memujuk kita untuk menerimanya biarpun orang lain memandang serong terhadapnya.

2. Siasat tentang bekas kekasih
 Tujuannya adalah kerana, dia tak mahu menjadi seperti kekasih lama kita yang telah mengecewakan kita. 

3. Sentiasa menghormati
Orang yang tergoda dengan kita tak akan pernah menyentuh kita walaupun di dalam hatinya ada berkeinginan begitu. Selagi kita belum menjadi yang sah baginya, dia akan menghormati kita.

4. Sentiasa bersama kita
Kita akan selalu ditemaninya tak kiralah ke mana saja kita pergi. (kalau toilet tu tak payah tanyalah. confirm takkan ikut ! hehehe.. ) Dia jugak tak kisah kalau kita bawa kawan-kawan kita apabila keluar bersamanya.

5. Ingin jadi perhatian
Sentiasa inginkan perhatian dari kita.

6.Menguji cinta kita
Kadangkala, dia akan membuat kita berasa cemburu seperti bergelak ketawa dgn orang lain. Dia sengaja berbuat demikian sebab nak uji sejauh mana cinta kita padanya.

7. Jaga pertuturan
Setiap perkara yang dibualkan dgn kita adalah perkara yg berfaedah dan ada hala tujunya. Dan yang paling penting, dia tak pernah membicarakan soal seks dgn kita. Baginya, soal tersebut tidak sesuai dibicarakan dgn kita kerana kita masih belum punyai ikatan yg sah dgnnya.

TERNODA

1. Cemburu
Orang yg ternoda ini, tidak pernah mempercayai kita. Dia akan selalu berprasangka buruk terhadap kita.

2.Memikir orang lain
Biarpun kita ada di sisi dia, namun dia tetap memikirkan org lain. Hatinya takkan pernah puas dgn apa yg kita miliki dan berikan kepadanya. Sikapnya yg suka membanding-bandingkan kita dgn orang lain akan membuatkan kita selalu rasa kekurangan.

3. Suka berduaan
Dia tidak suka kalau kita bawa teman lain ketika keluar bersama dengannya. Baginya, mereka pengganggu hubungan kamu berdua.

4. Perangkap
Dia akan cari jalan untuk membuatkan kita ternoda dgnnya seperti mana dia ternoda dgn kita. Contohnya, dia akan mengajak kita keluar tengok wayang dan pada masa ini dia akan cuba mengambil kesempatan terhadap kita.

5. Tidak jujur
Cinta yg ternoda ini selalunya tiada kejujuran. Baginya, cinta boleh dtg bila-bila waktu biarpun sudah ada di depan mata. 

6. Bicara sesuka hati
Dia akan bercakap apa sahaja dan tiada batas dengan kita meskipun mengenai seks. (walaupun baru kenal sehari. eeeuuww.. )

So, ini yg aku dapat share. Kalau ada yg tersinggung, mintak maaflah ye. Aku cuma kongsi fakta jer. Hehe..

Saturday 19 May 2012

Sampai Hati Awak ..


Pagi ni, aku bangun seperti biasa. Akan aku buka lappy, then mulalah menekan-nekan (ayt BM yg salah ye ) keyboard. Nak tau huruf apa aku tekan ? FACEBOOK ! Haha..
Lepas dah keluar homepage tu.. Aku teragak-agak sendiri. Nak masuk account fb sape erk ?
Hati aku tergerak untuk masuk account fb si dia.
Aku pun tekanlah password yang aku tau..
Tiba-tiba ...

" Sorry! You Entered An Old Password

Your password was changed at: Today at 12:38am " 

Yaa.. Aku memang dah agak. Dia akan tukar password dia jugak.
Macam yang aku buat. Hmm.. Awak.. Tak cukup lagi ke awak block saya ? Awak langsung tak amek tahu pasal saya lagi ? Tak cukup ke ??
Memang saya yang remove awak dulu. Sebab saya sakit hati dengan kata-kata awak.
Saya tukar password tu sebab saya pikir, awak memang tak nak ambik tau pasal saya lagi..
Tapi awak tau ke, saya selalu log in account fb awak senyap2 ??
Awak xtau kan ..
Tu sebab saya nak tau pasal diri awak.
Sampai hati awak buat saya macam ni kan..
Sampai hati awak bencikan saya sampai macam ni ..
Awak bagitau semua kawan-kawan awak, yang awak dah "SINGLE".
Kalau memang niat awak sedikit sebanyak nak sakitkan hati saya lagi, thanks..
Sebab awak dah berjaya pun buat macam tu.
Teruskanlah awak..
Kalau memang awak bahagia hidup tanpa saya..
Memang saya mengaku, saya tak boleh lupakan awak sampai sekarang..
Tapi takpelah..
Kalau dah memang awak betul-betul bencikan saya..
Saya akan cuba untuk lupakan awak..
Tapi saya minta maaf, sebab saya tak boleh nak bencikan awak..

Thursday 10 May 2012

Awak tak tahu yang sebenarnya...


Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya terlalu sayangkan awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya terlalu perlukan awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya menangisi kepergian awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya teramat merindui awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya mengharapkan awak kembali..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya hanya awak dalam hati saya..
Awak tahu ke semua ni ?
Awak tak pernah faham dan awak tak pernah cuba untuk tahu..
Saya luahkan semua perasaan saya untuk public sebab saya nak awak faham keadaan yang sebenarnya. Tapi awak cakap saya bajet, nakkan perhatian..
Entahlah..hmm..
Seandainya awak cuba faham semua ni...

Wednesday 9 May 2012

Study di Unikl RCMP


Okeyh. Ni lah tempat yang bakal aku bertapa selama 3 tahun. Huhuhu.. 
Sesungguhnya, aku tak pernah terpikir langsung untuk melibatkan diri dalam pengajian yang berkaitan dengan sains mahupun perubatan.
Sebabnya, jiwa aku mati-mati minat akaun !!
Malangnya, matriks dengan IPTA langsung tak bagi tempat kat aku.
Huarghhhhh.. Sedih siot ..
So, memandangkan hanya ini ja pilihan aku untuk sambung belajar sebab mengelakkan diri
daripada naik form 6, aku terima tawaran unikl nih.
Diploma in Pharmacist .
Yeah .. That's my course ! :)
Bunyi memanglah agak syok.. Masalahnya, camnerlah aku nak sesuaikan diri dengan subjek KIMIA yang amat-amatlah killer itu !! >.<
Tapi takpe.. Belum usaha belum tahu kan ?
So, siapa-siapa yang dapat kos ni jugak untuk batch 2012 nih, 
janganlah sombong-sombong k ngan aku. 
Takde kawan kot.. huhuhu
Last word from me, sama-samalah kita berjuang demi masa depan kita !! weeeeeeeeee.. ~~