Saturday 30 March 2013

Gambar anak Irma Hasmie & Redza

 Assalammualaikum..
Semalam, 29 Mac 2013 yang bersamaan hari Jumaat,
 Irma Hasmie dah selamat lahirkan anak sulungnya yang seberat 3.93 kg!
Sihat & comel sangat ! hehe
Tahniah Kak Irma & Abg Redza! ^_^




Seriously aku suka sangat tengok diorang. Bahagia sangat-2.. 
Wish both of you will happy till jannah.. :)

p/s : semoga aku pun bertemu jodoh yang macam ni.. eh ! hehe.. 

Thursday 28 March 2013

Ujian dan Jawapan.. Segalanya adalah pasti..

Ujian..
Datang tidak diundang..
Datang tanpa petanda..
Hanya terus menduga kita..
Kesabaran, kekuatan.. seteguh mana di dalam diri..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..

Ujian..
Kadangkala aku lemah..
Kadangkala aku berputus asa..
Hati aku tidak sekebal benteng..
Jiwa aku tak sekeras batu..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..

Ujian..
Dipertemukan dengan seorang insan..
Tatkala hati dilukai dan kesunyian..
Hati terpaut saat detik pertemuan..
Mencari-cari apakah jawapan..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..

Ujian..
Setiap doa kupohonkan..
Berharap dipertemukan dengan jawapan..
Namun ujian sangat menguji ketabahan..
Mengenali seorang insan..
Yang juga bergelar perempuan..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..

Ujian..
Hati terkilan kerana diuji demikian..
Hati menangis kesedihan..
Perlu meneruskan apa yang sudah dimulakan
Atau berhenti dari meneruskan..
Aku cuba menilai diri..
Rujuk kepada yang lebih Mengetahui..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..

Ujian..
Sehingga kini aku mengharunginya..
Setiap hari berdepan kenyataan..
Yang tersurat dan tersirat..
Hanya mampu melihat..
Meskipun hati ini terlalu sarat..
Aku pasrah dengan ujian ini..
Andai benar telah dijanjikan dengan sebuah suratan..
Doa akan terus kupanjatkan..
Kerna aku tetap menanti jawapan ujian..

Sunday 24 March 2013

Latihan separa askar ? :O


 Assalammualaikum readers !
Halloooooo.. Sekian lama blog tidak di update nampaknye.
Oh plizzz.. takde orang kisah pun Zaf.. muahaha
Kisah ke tak kisah ke, entry ni aku nak citer pasal satu game yang tersangatlah AWESOME !!!
Haa.. nampak tak betapa awesome nya di situ?? hahaha
Seriously, ini adalah first time aku join activity macam ni selama aku bertapa di RCMP ni.
Almaklumlah, aku ni kan TERlebih rajin untuk join pape event.. hihi
Before that, mesti sesetengah daripada korang yang tak tau benda apa game ni kan?
Haa.. game ni dipanggil LASER BATTLE !
Dia ala-ala paint ball..
Cuma yang membezakan, game ni menggunakan laser dan tak sakit pun kalau kena attack.



Ini adalah senjata yang akan digunakan sewaktu berperang..hoho





Ini pulak gambar or tempat berperang tu.. dalam ni memang gelap.. siap berkabus lagi ! tapi jangan risau, still boleh nampak orang..hee


muka-2 askar wanita.. muehehe


Nampak tak betapa sopannya askar-2 ni ? hoho


Muka selepas berperang.. tetap senyum.. haha

Keputusan permainan amatlah berpuas hati.. eh, yeke?
Actually not.. kami berjaya sampai ke tahap SEMI-FINAL jer.. huhu
Sebabnya, akak MBBS time semi tu main kecoh sangat..
Emo terlebih sampai tarik-2 kitorang punya vest..huhu
Btw, game ni memang TERBAIK !!
YOU GUYS SHOULD TRY THIS ! ^_^


Sunday 17 March 2013

Tempat baru untuk luah perasaan ?

 Assalammualaikum readers..

Jam sekarang menunjukkan hampir DUA PAGI. Amboih, besor pulak tulisan tu kan? haha.. Maklumlah, dah pagi buta. Kot ada yang tak berapa nampak ke. muehehe.. Ha, dah dekat pukul 2 pagi aku still x tido-2. Nak tau kenapa?? Aku dah terlampau BORING TAHAP EKSTREM ! Nampak tak betapa boring nya aku? haha..

Disebabkan aku terlampau boring, aku mulalah berjinak-2 dengan tumblr. Okey fine, akan ada yang mengutuk aku selepas ini. Aku memang ketinggalan zaman. Fullstop ! Btw, whatever it is, try lah follow aku yerk.. haha.. Poyo betul aku ni kan. In shaa Allah tumblr aku x boring. ngee~~

#silalah tekan link di bawah ini untuk follow :)


Friday 15 March 2013

Lima Jenis Kegelapan & Lima Jenis Cahaya

 SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ







1. CINTA DUNIA ITU KEGELAPAN & CAHAYANYA ADALAH KETAQWAAN . .

2. DOSA ITU KEGELAPAN & CAHAYANYA ADALAH TAUBAT . .

3. AKHIRAT ITU KEGELAPAN & CAHAYANYA ADALAH AMAL SOLEH. .

4. KUBUR ITU KEGELAPAN & CAHAYANYA ADALAH KALIMAH SYAHADAH. .

5. SIRATUL MUSTAQIM ITU KEGELAPAN & CAHAYANYA ADALAH KEIMANAN. .


Teruskan Berdoa. .

  

Sunday 10 March 2013

Menyukai seseorang dalam diam

 Assalammualaikum
Hari ni aku dah nak kena balik ipoh daa.. Sedih..
Tak puas lagi balik rumah.. Sobs sobs..
Btw, aku ada nak share something hari ni..
Hehehe..

Korang pernah sukakan someone dalam diam?
Jadi stalker, secret admirer maybe ? haha
Bohong arh tak pernah.. Mustahil giler kalau tak pernah jeling-2, pandang-2 pompuan/lelaki yang segak-2 tu kan.. Hahah
Aku cakap macam tu, sebab aku pun pernah buat jugak.. wakaka
Tapi, setiap orang tu ada lain maksud.
tak semestinya dia selalu tengok seseorang tu, dia dah minat giler dengan orang tu kan..
kadang-2 ni, sebab mana tahu, orang tu ada ciri-2 macam ex dya ke kan..
So, tak boleh nak judge kata diorang tu dah suka tahap ekstrem ke apa k..

Tapi, apa yang aku nak katakan untuk entry ni ialah, suka tengok someone and really want him/her to be ours..
Kerja giler ke? Hrmm..
Sesetengah pendapat mengatakan yang kerja ni adalah kerja gila..
Tapi, dalam dunia ni tak ada yang mustahil okey..
Sedangkan lelaki pun boleh jadi pompuan.. ha ?
* okey, ini tajuk lain ye kawan-2.. hihi *

Bagi aku, menyukai seseorang dalam diam tu adalah lebih baik dari dihebohkan..
Perasaan suka tu adalah lumrah semulajadi manusia..
Allah jugak yang kurniakan perasaan tu pada kita..
Cuma, apa yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah seseorang tu jugak MENYUKAI kita ??
Ya, soalan itu hanya ada pada ALLAH..
Bukan pada kita..
Sebabnya, Allah yang merancang segalanya..

Tetapi, seandainya hati kita benar-2 ingin memiliki gadis/lelaki itu, seeloknya
kita hanya berdoa dengan sebulat hati meminta pertolongan Allah..
Menyebut namanya dalam setiap doa..
Minta Allah beri petunjuk buat kita sama ada dia yang terbaik buat kita atau tidak..
Bukan pulak meminta pertolongan orang tengah atau sebaliknya..
Sebab cara yang sedemikian hanya akan mengundang malu pada diri kita balik..

Kalau orang yang kita suka tu pulak dah berpunya, 
jangan mudah berputus asa..
Memang, seeloknya janganlah menjadi PEMUSNAH KEBAHAGIAAN orang lain..
Sebab, hukum karma tu selalu ada..
Jadi, kita tetap berdoa, luahkan segala isi hati kita pada ALLAH..
Jodoh, Allah yang tuliskan sejak azali..
Walaupun orang yang kita minat tu dah berpunya, mungkin dah bertahun-2,
tapi belum tentu akan sampai ke jinjang pelamin kalau Allah tak izinkan.. kan ?
Jadi, nasihat aku..
Menyukai seseorang dalam diam ni sememangnya menyeksakan..
Kita tak mampu mendekati hatinya..
Namun, jangan kita lupa..
DOA yang kita minta itu sebenarnya senjata yang mendekatkan hatinya dengan kita..
Seandainya dia memang yang terbaik untuk kehidupan kita,
Allah akan perkenankan doa kita..
Tapi, jika sebaliknya, jangan bersedih..
Sebab akan ada orang lain yang lebih baik Allah janjikan..

Friday 8 March 2013

Nescafe 1 jag setiap malam ??

 Assalammualaikum..
Yippiiiiiii !!!!!!!!
Hohoho.. aku dah habis exam.. muahaha..
Seronok bukan main lagi kan aku ni? Huh !
Poyo jer aku.. 

Maunyer tak seronok, setelah berhari-hari tidur tak cukup, 
setiap malam bancuh air nescafe sampai satu jag ! Ha !
Nampak tak game aku? Haha..
Serious, dah rasa macam nak gila lagi minggu ni..
Semua subject killer je.. 
And harini, last paper for this week..
Sebabnya, jumaat minggu depan still ada satu paper..
Huhu.. so sad..
Tapi takpe, hari ini aku nak balik KEDAH !!!
Kedah wait for me !! HAHAHA
Rindu giler kat rumah aku..
Pasni, aku nak qada balik tido aku yang dah tergendala selama seminggu ni..
Pastu, nak baca novel banyak-banyak..
(bajet serupa aku dah habis final exam jer.. )
Tapi takpe, hidup kena ENJOY !! hehehe

Nak balik bukan main lagi aku ni, tiket bas pun tak beli lagi..
Sekali pergi stesyen bas jap gi buatnya tiket habis, padan muka aku.. huhuhu
And now, still waiting for that someone.. hihihi
Smileeeeeee... ^_^

Monday 4 March 2013

Dua Jenis Jodoh yang telah ditetapkan ALLAH


 Assalammualaikum semua..
Okey, aku masih menjadi burung hantu waktu ni sebab x tido lagi even esok adalah exam..
Hahaha.. Giler betul aku ni.. Biasalah, konsep tawakal dan berserah perlu diamalkan time minggu exam ye anak-2 ? ngeh3 ~

Actually, sebelum tido petang tadi, time berangan-angan kat atas katil
pasal future husband ( maaf, ini adalah ayat poyo aku )
aku ada terbaca sebuah buku pasal jodoh ni..
Memang berminat sangatlah kan nak tau.. Hahah

Jodoh sebenarnya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : 

1. Jodoh Sunnatullah

Ok, jodoh sunnatullah ni sebenarnya jodoh yang diberikan Allah kepada kita atas usaha dan perjuangan yang menuju ke arah itu. Jadi, kalau kita memang minat giler dengan seseorang itu, ataupun memang sayang giler-2 dengan pasangan kita tu, berdoalah banyak-2 pada Allah untuk memiliki dia. Sesungguhnya Allah tu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hidup kita.

2. Jodoh Qudratullah

Jodoh qudratullah ni pulak adalah jodoh yang diberi oleh Allah kepada hamba-2 kekasih Allah yang berserah diri kepada Allah dalam urusan jodoh. Ha, yang ni memang hati nekad sesangat dan yakin sesangat pada qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk dia. Cara yang paling afdal.. hihihi..

So, apa-2 pun, berbaliklah semula kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa
yang tak punya apa-2 kuasa ni, kena selalulah minta pada-Nya.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Amin.... 


p/s : wish me luck for the exam tomorrow.. :)