Thursday 28 February 2013

Mulakan hidup baru ! Hoyeah !


 Assalammualikum !
Nampak aku hepi tak? Mestilah x nampak kan. Hahaha.. Apa punya soalan la aku bagi..
Takpe2, janji aku HAPPY !! Hohoho..
Aku dah boleh terima kenyataan yang aku dah jadi LONE RANGER sekarang. hikhikhik..
Poyo jer aku ni kan.. Tapi memang seharian aku kat kampus hari ni pun, keja aku ngan sorang lagi kawan aku ni , asyik poyo jer sampai ke petang ! Hahah..
Seyezly dah macam orang gila dah kot..
Tapi takpe,janji HIDUP KENA HAPPY !!
Wahhhh.. excited gitu aku nih.. tertelan hormon banyak ke apa? =.="

Tapi takpe.. tu lain punya celita laa.. Fokus utama aku skang ialah

* Fokus Study
* Ceria selalu
* Kuat semangat
* Berdoa supaya mendapat apa yang aku impikan

Okeyh ! DONE !! Hehe.. 

p/s : Mid-exam aku isnin depan. tapi satu habuk ape pun aku tak sentuh lagi. Haishhh.. jangan jadi macam aku yer ? hihi.. Adios amigos ! 

Monday 25 February 2013

Keserabutan melanda diri

 Keserabutan.. Keserabutan.. Keserabutan..
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
Mengeluh panjang giler aku ni.. haishh..
Dah bertahun aku tak update kan? Ah, sape kisah aku update ke x..
Ini semua poyo.. haha

Seyezly aku tengah serabut . Aku pergi kelas, aku cuba happy dengan kawan-2..Aku cuba lindungkan setiap masalah aku, kesedihan aku, kesunyian aku ni. Aku nak lupakan kesakitan aku, kesedihan aku. Aku tau, kalau aku tak lawan semua perasaan tu, aku akan kalah dengan emosi aku sendiri. Sebelum tidur, aku ingat dia. Selalunya dia akan text aku. Tapi tak lagi sekarang.Aku tahu, dia memang tengah lupakan aku. Tapi sape je lah aku ni. Sorang perempuan yang berhati lembut.Mestilah akan keluar jugak air mata tu kan. hihihi.. Betul k.. Aku cepat terasa, aku kecik ati, aku cepat menangis. Sebab tu lah kot ada orang tu dah tak tahan dengan aku. hmm.. Aku tau, aku bukan yang terbaik pun untuk insan tu. And aku tau jugak, ada someone yang lebih layak untuk jaga dia dan kehidupan dia lepas ni. 

Aku tahu, aku tak layak lagi bersama dengan dia. Memang betul orang cakap, hubungan kalau 10 tahun  sekalipun, kalau bukan jodoh kekal kita, tetap takkan bersatu jugak. Sekarang aku dah mula terima. Aku mula faham macam mana perasaan kecewa, sedih semua tu. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu macam mana hancurnya harapan and hati aku. Mungkin aku yang salah dalam hal ni. Aku dah tak dapat lagi bagi peluang dekat dia. Sebabnya, terlalu banyak peluang yang aku bagi sehinggakan peluang tu sendiri kecewakan aku. Peluang tu sendiri menyakitkan aku. Aku terkilan sangat.. Apa yang aku tahu, selama 6 tahun hubungan ni, aku cuba menjadi seorang wanita yang dia idamkan selama ni. Aku bersabar dengan setiap kata-kata dia terhadap aku walaupun kadangkala kata-kata tu membuatkan aku terluka. Walaupun kawan-kawan aku cuba nasihatkan aku untuk tinggalkan dia, tapi aku tahu, dia tetap sorang laki yang baik. Aku tak sanggup tinggalkan dia sebab dia selalu jadi semangat aku. 

Tapi sekarang semuanya dah berakhir. Dah takda apa lagi aku nak cakapkan. Aku cuma boleh doakan dia supaya bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari aku. Aku sedar, aku banyak kekurangan.Mungkin dia pikir, aku dah berubah. Dah tak macam dulu. hm.. cuma orang yang kenal aku saja yang faham semua ni.  Aku berharap sangat aku tabah hadapi semua kekecewaan ni. Putus cinta sememangnya sakit. Hanya orang yang pernah laluinya saja akan tahu macam mana kesakitan tu. Tapi setiap kesedihan itu, Allah akan gantikan dengan sebuah kebahagiaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

For MNF, kalau baca blog orang ni, orang mintak maaf banyak-2 erk..? Orang tau dia boleh lupakan orang. Orang doakan supaya dia jumpa pengganti yang lebih baik dari orang k.. Aminn..

Saturday 2 February 2013

untitled



Bila kita dah mula sayangkan seseorang, mesti banyak sangat kenangan yang akan tercipta kan?
Dan bila something terjadi, segala kenangan tu susah sangat-sangat kita nak padam dan lupakan.
Takda ubat pun untuk hilangkan kenangan tu.
Kadang-kadang, makan masa bertahun-tahun nak lenyapkan segala perasaan dan kenangan bersama dengan orang yang kita sayang dulu tu.
Perpisahan..
Semua orang tak suka perpisahan. Sebab berpisah itu menyakitkan.
Tapi, kadang-kadang kita perlu jugak hadapi setiap kesakitan tu untuk BAHAGIA.

Setiap kesulitan yang kita hadapi, Allah pasti akan ganti dengan kesenangan.
Dan setiap kesedihan dan kekecewaan yang kita rasai, Allah akan gantikan dengan kebahagiaan.

Bila kita tengah dalam kesulitan, kesedihan dan kekecewaan..
Cubalah untuk berfikir positif. Allah sentiasa ada dengan kita.
Bagi aku, setiap kali aku sedih, aku akan menangis sambil meluahkan segala-galanya pada Allah.
Aku tahu, DIA Maha Mendengar setiap patah perkataan yang aku suarakan.
Sejujurnya, aku bukan seorang yang kuat.
Tapi, aku tahu.. Kalau selamanya aku sedih, aku lemah..
Sampai bila-bila pun aku takkan ada semangat baru.
Dan sesungguhnya jugak Allah tidak suka akan orang berputus asa dalam hidup.
.......