Friday, 8 June 2012

Dendam VS Kecewa

Morning u ollss ! Haha.. Aku dah insane. Aku dah gelong. Lama-lama nanti keluaq berita aku masok wad bahagia. LOL ! =..="
Okey, lari dari tajuk kan? Aku tau. Tak payah buat muka heran sangatlah yer. Haha.. Dendam VS Kecewa ni ekceli makna apa? Kenapa ada VERSUS di situ ?

Sebabnyaaaa.. dendam dengan kecewa tu adalah dua jenis perasaan BERBEZA yang lahir dari hati kita. Korang tak caye ? Okey, ekceli perasaan ni memang nak sukar ditafsirkan sebab certain individu jer dapat membezakannya. Walaupun aku tak buat research dulu pasai benda alah ni, tapi bagi aku, memang dua perasaan ni tak sama antara satu sama lain walaupun akibat daripada perasaan ni menyebabkan kita berasa sedih, marah atau pape jer.

Kita perlu tahu yang apabila seseorang tu berDENDAM, dia sukar untuk menangis. Malah, niatnya untuk berbuat sesuatu adalah didorong oleh perasaan amarah. Pada masa yang sama jugak, orang yang berdendam ni kadangkala akan menjadi seperti "gunting dalam lipatan". Dia akan berpura-pura baik di hadapan orang yang menjadikan dia begitu, sedangkan pada waktu itu dia memasang agenda jahat untuk menjahanamkan orang tu. Wahh ayat aku, tak boleh blah betol ! Menjahanamkan u olls ! Haha..
So, orang macam ni selalunya akan mendapat kepuasan bila dia dapat menjahanamkan orang yang dia dendamkan itu.

Tapi, lain pulak dengan orang yang KECEWA nih. Apa yang lainnya ek? Sabar. Nak citerlah la ni. Hihihi.. Orang yang kecewa ni pulak didorong oleh perasaan yang sedih terlampau. Mungkin disebabkan berasa tertipu, atau lain-lain lah kan. Contoh utama , orang putus cinta lah kan. Huhuhu..
Orang yang kecewa ni lebih "selamat" berbanding orang yang berdendam tadi. Selamat pun, kena jagalah jugak kan. Karang sampai bunuh diri tu , masalah lain pulak. Huhuhu.. Individu ni lebih bersikap menyendiri. Dah tu pulak, air mata jer peneman 24 jam. Haha.. Tapi, orang yang kecewa mana pun, still akan bagi peluang kat orang yang kecewakan mereka tu untuk berubah. Tapi, beringatlah yer. Kalau selalu sangat kecewa, sape nak bagi peluang ke 3, ke 4, ke 5 pe tuh ! Walaupun orang yang kecewa ni hati dia sensitif dengan apa je yang jadi, tapi tak bermaksud dia akan terus lemah sebab sampai suatu ketika nanti, orang yang kecewa ni akan jadi lebih KUAT berbanding orang biasa tau !!

Thats all yang mampu aku leterkan and merapukan. Haha !

No comments:

Post a Comment