Assalammualaikum ! Hoho.. Aku tak tau nak buat apa. So, aku hapdate la belog aku ni. Aku ada terbaca satu artikel ni n aku rasakn menarik jugak. Sebab bagi aku, fakta yang aku nak bagitau ni amat-amatlah betul dari pengalaman akulah. Heeeeee ~~ ^_^
Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERGODA , maka sesuatu hubungan tu kebiasaannya akan kekal.
TAPI !
Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERNODA dengan kita, dia mula-mula jer sayang bukan main lagi. Bila dah lama-lama, dia akan mula bosan.
So, check out this...
TERGODA
1. Berusaha untuk mengenali kamu dengan lebih dekat
This is mean, dia takkan pernah jemu untuk mendekati kita walaupun kita tunjukkan yang kita tak selesa @ tak suka dengannya. Malah, dia takkan putus asa memujuk kita untuk menerimanya biarpun orang lain memandang serong terhadapnya.
This is mean, dia takkan pernah jemu untuk mendekati kita walaupun kita tunjukkan yang kita tak selesa @ tak suka dengannya. Malah, dia takkan putus asa memujuk kita untuk menerimanya biarpun orang lain memandang serong terhadapnya.
2. Siasat tentang bekas kekasih
Tujuannya adalah kerana, dia tak mahu menjadi seperti kekasih lama kita yang telah mengecewakan kita.
3. Sentiasa menghormati
Orang yang tergoda dengan kita tak akan pernah menyentuh kita walaupun di dalam hatinya ada berkeinginan begitu. Selagi kita belum menjadi yang sah baginya, dia akan menghormati kita.
4. Sentiasa bersama kita
Kita akan selalu ditemaninya tak kiralah ke mana saja kita pergi. (kalau toilet tu tak payah tanyalah. confirm takkan ikut ! hehehe.. ) Dia jugak tak kisah kalau kita bawa kawan-kawan kita apabila keluar bersamanya.
5. Ingin jadi perhatian
Sentiasa inginkan perhatian dari kita.
6.Menguji cinta kita
Kadangkala, dia akan membuat kita berasa cemburu seperti bergelak ketawa dgn orang lain. Dia sengaja berbuat demikian sebab nak uji sejauh mana cinta kita padanya.
7. Jaga pertuturan
Setiap perkara yang dibualkan dgn kita adalah perkara yg berfaedah dan ada hala tujunya. Dan yang paling penting, dia tak pernah membicarakan soal seks dgn kita. Baginya, soal tersebut tidak sesuai dibicarakan dgn kita kerana kita masih belum punyai ikatan yg sah dgnnya.
TERNODA
1. Cemburu
Orang yg ternoda ini, tidak pernah mempercayai kita. Dia akan selalu berprasangka buruk terhadap kita.
2.Memikir orang lain
Biarpun kita ada di sisi dia, namun dia tetap memikirkan org lain. Hatinya takkan pernah puas dgn apa yg kita miliki dan berikan kepadanya. Sikapnya yg suka membanding-bandingkan kita dgn orang lain akan membuatkan kita selalu rasa kekurangan.
3. Suka berduaan
Dia tidak suka kalau kita bawa teman lain ketika keluar bersama dengannya. Baginya, mereka pengganggu hubungan kamu berdua.
4. Perangkap
Dia akan cari jalan untuk membuatkan kita ternoda dgnnya seperti mana dia ternoda dgn kita. Contohnya, dia akan mengajak kita keluar tengok wayang dan pada masa ini dia akan cuba mengambil kesempatan terhadap kita.
5. Tidak jujur
Cinta yg ternoda ini selalunya tiada kejujuran. Baginya, cinta boleh dtg bila-bila waktu biarpun sudah ada di depan mata.
6. Bicara sesuka hati
Dia akan bercakap apa sahaja dan tiada batas dengan kita meskipun mengenai seks. (walaupun baru kenal sehari. eeeuuww.. )
So, ini yg aku dapat share. Kalau ada yg tersinggung, mintak maaflah ye. Aku cuma kongsi fakta jer. Hehe..
No comments:
Post a Comment