Tuesday 25 October 2011

Exam !!!

Tensyen! Tensyen!!

Banyak yang kena hafal..Pecah pala otak nie..huhu


Assalammualaikum dan salam sejahtera..Dengan ini,sukacitanya dimaklumkan bahawa saya Nur Zafirah binti Muhd Radhi,angka giliran KM112A087 dengan rasminya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari 14 November - 5 November..Makkk!!!!!!!huhuhuhuhu

Tak suka!Tak suka!!Aku tensyen dengan exam..Exam lagi 20 hari je tinggal..Aku still sempat lagi buat blog,update blog la segala..buku tak mau baca!hahaha..Bukan tak mau baca,tak da mood nak baca la kawan..Alah,tak payah kata kat aku la..Macam la hampa semua dah baca habis!hihihi ^^

Seriously aku cakap,aku memang takut giler nak amek SPM ni..Tak pernah lagi aku rasa nervous macam ni walaupun dah pernah hadapi exam yang besar2 macam PMR tu dulu..PMR dulu cuma nak letakkan kita dekat sekolah yang lebih bagos jer..Lagipun,PMR dulu cuma bulat2 jawapan yang betol jer..Main baling dadu pun boleyh!!hahaha..Tapi SPM ni yang akan menjamin masa depan!Kalau result HANCUS,memang meranalah hidup sampai ke tua..huhuhu..

Bagos giler kalau 10 tahun lagi exam just pi duduk jer terus dapat A+!!hehehe

Dah la semuanya bagi harapan yang tinggi kat aku..Bukan depa jer lah,diri aku sendiri pun nak yang terbaek jugak..Bukan aku sorang jer lah,semua candidates pun nak benda yang sama gak kan?

Persoalan atau perbezaannya cuma satu,kemampuan nak jawab and rezeki masing-masing..Ha,that's the best answer!Kalau study punya study siang malam,keluar rumah pun tak pe tiba2 dapat result yang besa2 jer maknanya takder rezeki laa..Sama la jugak ngan orang yang malas nak baca buku,masuk dewan semua relax jer,tiba2 dapat result lagi tinggi dari orang yang baca buku,ha,tu pun rezeki jugak! (ni bukan nak kata kat aku okeyh..hihi..)

So,aper2 pun bergantung pada hasil usaha kitalah..Selebihnya kita berdoa jer kat Tuhan sama ada kita berada dalam kalangan yang Dia dah pilih untuk dapat keputusan yang cemerlang ke tak ok..



                                             Kalau fail,jangan putus asa..Cuba lagi!hehe..peace!!




Hurmm..dalam banyak2 subjek yang aku ambik,the most scary subject yang membuatkan aku sukar nak tido malam sebab pikir boleh lulus ke tak ialah ADDITIONAL MATHEMATICS,CHEMISTRY and PHYSICS!!Huhh..sebut pun dah goyang jantung..
Actually,aku pun tak tau sebab pe aku tak boleh pi dengan subjek2 ni la..Memang dah keturunan aku lembab calculating kot.. +_+


Gud luck to all SPM's candidates!!!

Okeylah,lepas ni maybe aku akan stop blogging untuk sementara waktu sebab nak fokus dengan study aku dulu ok..Semua pun kena baca buku!
Kalau lepas ni dengar cita aku jadi giler pi lah melawat aku k??hahaha..
GOOD LUCK EVERYBODY!!!!!
Percayakan diri sendiri adalah rahsia utama untuk mencapai kejayaan   ~Waldo Emerson~

nobody else

Monday 24 October 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa..


Sayangi dia seadanya. Didunia ini ada perlbagai personality. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia..


Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya..


Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati..


Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia..


Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua..


BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga..


Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis
 kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan..
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat..


Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun..

That Special One..

Quotes






Kepada seseorang yang teristimewa itu
Aku menunggu di dini untuk seseorang yang teristimewa itu setiap hari dan setiap malam
Aku perlukan seseorang itu untuk pegangku erat
Untuk hapuskan tangisanku pabilaku sedih
Dan membuatku senyum pabilaku marah
Aku perlukan seseorang itu yang selalu mengambil berat
Seseorang yang selalu berada di sisiki
Tidak kira sewaktu aku benar atau salah
Dan selalu di sisiku untuk memberi kekuatan kepadaku
Seseorang untuk menunjukkan kepadaku yang ketakutan itu tiada
Seseorang yang selalu ada dan sentiasa dekat
Selalu membantuku menghadapi saat yang sukar
Seseorang untuk mengucapkan AKU CINTA PADAMU
Seseorang di sampingku ketika aku sejuk
Dan selalu ada untukku pegang
Seseorang untukku berterima kasih
Seseorang di sana untuk menunjukkan CINTA

Laman Muka Buku


Laman muka buku..
lalalala......hihihi..benda alah apa nieh?Alah,takkan tak paham lak kan maksud laman muka buku ni..
Lagu Najwa Latif boleyh hafal,takkan tak paham maksudnye lak..Aku pun malas nak hurai dengan lebih panjang tentang maksud LAMAN MUKA BUKU ni..huhuu


Facebook,Twitter,Tagged,Myspace,aaa..dan banyak lagi lah!aku pun bukannya hafal sngt nama2 laman sosial pebenda nieh..maklumlah,student lagilah katakan..Kena hafal kimia,biology,physics (walaupun sebenarnya takde yang ingat)...huhu


Okeyhlah,berbalik kepada tajuk utama kita..haha..Laman Muka Buku @ Laman Sosial ni agak2 korang lebih banyak manfaatnya ke atau keburukan?Hurmmm..pikir sejenak!
Sesetengah berpendapat laman ni memberi manfaat kepada mereka,tak kurang jugak yang bagi alasan bahawa laman ni memberi keburukan..


Sebenarnya,kedua-dua pendapat ini boleh diterima pakai..Nak tau sebabnya?Sebabnya..semua kebaikan dan keburukan tu bergantung pada diri sendiri..kalau diri sendiri yang salahgunakan laman yang macam ni,ha,terimalah padahnya kan..Tak leh lak kita nak salahkan creater laman2 macam ni lak..


Tapi,aku kadang2 sakit hati gak dengan laman2 macam ni tau..Kebanyakannya mementingkan rupa paras semata!Ada ke patot!!Wat cdey jer rakyat2 yang muka seposen cam aku ni ha..xder orang nak layan..cian tau..Post pi lah benda or status best camner pun,xdenya orang nak like or comment..kejam kan??


Tapi,yang paling aku heran sangat3 tu,status yang depa post suama cap ayam ja!cakap nak offline dulu pun dah beratus-ratus orang like..CEYEZ TAK PAHAM!!!!!


Sudahlah,kalau saper2 yang terasa tu ameklah..Aku bagi free jer..huhuhu

Sunday 23 October 2011

A Truly Love

Why?


Kenapa aku letakkan gambar nie erk?Of coz la ada kena mengena dgn aku..haha..
Tapi sebab apa erk?hmm..
Aku pun xtau sbb apa..Yang pasti adalah kena mengena dengan seseorang..
Aku rasa,bukan aku seorang ja yg pernah rasa benda or perasaan yg mcm tertera kt gmbr ni..kan3??


Sememangnya dah menjadi lumrah perempuan perlukan perhatian..
Tak kiralah daripada parents ke,kawan ke,couple atau sesiapapunlah kan..
Tapi,setiap kali kita luahkan keinginan kita tu,kenapa diorang seringkali salahkan kita balik..?
Sedih la macam ni..


Bila kita diam,dia(atau sape2) pun diam..
Bila kita marah,dia pun marah n kita yang kena balik..
Bila kita merajuk,dia pun buat tak peduli..
Is it fair???