Monday, 4 March 2013

Dua Jenis Jodoh yang telah ditetapkan ALLAH


 Assalammualaikum semua..
Okey, aku masih menjadi burung hantu waktu ni sebab x tido lagi even esok adalah exam..
Hahaha.. Giler betul aku ni.. Biasalah, konsep tawakal dan berserah perlu diamalkan time minggu exam ye anak-2 ? ngeh3 ~

Actually, sebelum tido petang tadi, time berangan-angan kat atas katil
pasal future husband ( maaf, ini adalah ayat poyo aku )
aku ada terbaca sebuah buku pasal jodoh ni..
Memang berminat sangatlah kan nak tau.. Hahah

Jodoh sebenarnya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : 

1. Jodoh Sunnatullah

Ok, jodoh sunnatullah ni sebenarnya jodoh yang diberikan Allah kepada kita atas usaha dan perjuangan yang menuju ke arah itu. Jadi, kalau kita memang minat giler dengan seseorang itu, ataupun memang sayang giler-2 dengan pasangan kita tu, berdoalah banyak-2 pada Allah untuk memiliki dia. Sesungguhnya Allah tu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hidup kita.

2. Jodoh Qudratullah

Jodoh qudratullah ni pulak adalah jodoh yang diberi oleh Allah kepada hamba-2 kekasih Allah yang berserah diri kepada Allah dalam urusan jodoh. Ha, yang ni memang hati nekad sesangat dan yakin sesangat pada qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk dia. Cara yang paling afdal.. hihihi..

So, apa-2 pun, berbaliklah semula kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa
yang tak punya apa-2 kuasa ni, kena selalulah minta pada-Nya.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Amin.... 


p/s : wish me luck for the exam tomorrow.. :)

2 comments: