Datang tidak diundang..
Datang tanpa petanda..
Datang tanpa petanda..
Hanya terus menduga kita..
Kesabaran, kekuatan.. seteguh mana di dalam diri..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..
Ujian..
Kadangkala aku lemah..
Kadangkala aku berputus asa..
Hati aku tidak sekebal benteng..
Jiwa aku tak sekeras batu..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..
Ujian..
Dipertemukan dengan seorang insan..
Tatkala hati dilukai dan kesunyian..
Hati terpaut saat detik pertemuan..
Mencari-cari apakah jawapan..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..
Ujian..
Setiap doa kupohonkan..
Berharap dipertemukan dengan jawapan..
Namun ujian sangat menguji ketabahan..
Mengenali seorang insan..
Yang juga bergelar perempuan..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..
Ujian..
Hati terkilan kerana diuji demikian..
Hati menangis kesedihan..
Perlu meneruskan apa yang sudah dimulakan
Atau berhenti dari meneruskan..
Aku cuba menilai diri..
Rujuk kepada yang lebih Mengetahui..
Sesungguhnya Allah sedang menguji..
Ujian..
Sehingga kini aku mengharunginya..
Setiap hari berdepan kenyataan..
Yang tersurat dan tersirat..
Hanya mampu melihat..
Meskipun hati ini terlalu sarat..
Aku pasrah dengan ujian ini..
Andai benar telah dijanjikan dengan sebuah suratan..
Doa akan terus kupanjatkan..
Kerna aku tetap menanti jawapan ujian..
No comments:
Post a Comment