Menangis. Perbuatan yang pertama apabila kita sampai di dunia ini. Tipulah kalau ada sape yang cakap dia tak nangis pun time keluar dulu. Hahaha ..
Selalunya, kaum hawa sajalah yang MASTER dalam bab nangis-menangis ni. Haha.. Kena marah sikit, nangis. Merajuk sikit, nangis. Takut pun nangis jugak. Macam mana tu ?
Tapi, bagi aku, menangis dapat mengurangkan segala tekanan perasaan yang kita alami. Mungkin kita tak dapat meluahkan semua tu pada seseorang. Jadi, dengan menangis kita akan berasa lebih lega selepas itu.
Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar apabila kita menangis itu akan membuatkan kita berasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stress dan terlalu banyak berfikir.
Jika dilihat dari sudut sains pula, air mata terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. Air mata iritasi - air mata yang keluar akibat daripada benda asing yang berada di dalam mata.
2. Air mata emosional - air mata yang keluar akibat daripada emosi atau perasaan.
Daripada apa yang aku baca, menangis ni jugak satu keajaiban. Nak tahu apa ? Haa.. Apabila seseorang yang emosional tu menangis, air mata yang keluar tu mengandungi banyak protein termasuk hormon yang menyebabkan stres. Jadi, bila kita menangis, air mata itu akan merangsang pengeluaran hormon endorphin sehingga menjadikan kita rasa lebih bahagia. Ajaib kan ?
Oleh itu, kalau stres, menangislah sepuas hati sebab stres tu kalau lama-lama disimpan boleh timbulkan penyakit lain pulak. Gilalah jawabnya! Haha.. Sebabnya, stres boleh diibaratkan sebagai racun. Maksudnya, bila tak dikeluarkan dari dalam badan kita, ia akan menurunkan sistem kekebalan badan kita. Sebab tu lah kita murung. Cara nak keluarkan racun ni hanya dengan dua cara, iaitu sama ada berpeluh dengan bersukan ataupun dengan menangis. Tengah-tengah stres nak pi bersukan ke ? Hahah
So, lebih baik prefer menangis untuk hilangkan segala stres, duka, dan kesedihan kita. Okey ?
No comments:
Post a Comment