Thursday 3 May 2012

3 ciri yang perlu dikenalpasti

Assalammualaikum and hye readers . Hari ni aku nak berkongsi beberapa ciri yang kita boleh kenalpasti daripada gerak-geri seseorang sama ada adik kita, abang kita, saudara-mara, jiran, atau sape-sape saja. Ciri apa ? Haa.. bacalah sampai habis !




Sekarang semakin banyak kes yang melibatkan jenayah kejam. Yang paling kejam bagi aku adalah jenayah yang aku gelarkan sebagai "jenayah 3 serangkai" . Apakah itu ? Jenayah yang aku maksudkan ini ialah ROGOL, BUNUH dan BAKAR . Tak ke kejam ??



Ini adalah sebahagian daripada kes tersebut. Teramatlah kejam. Kalaulah negara ada undang-undang untuk bakar balik penjenayah tu kan bagus. Geram aku.

Okey, aku ada tengok MHI hari tu. Mengikut apa yang penganalisis jenayah, Kamal Affendi, dia cakap, kita boleh kenal seseorang yang berpotensi tinggi untuk menjadi seorang penjenayah adalah melalui 3 ciri ini :

1. Sejak kecil suka bermain api. 
2. Sejak kecil suka memukul dan menyeksa binatang.
3. Dari kecil sampai usia dewasa lingkungan umur 21 tahun, masih kencing malam.

Kebanyakan penjenayah mempunyai ciri-ciri ini apabila disiasat. Jadi, sekiranya ada pihak terdekat kita yang mempunyai ciri-ciri ini, haruslah mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai ibu bapa yang paling hampir, didiklah anak-anak dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment