Aku accident tadi.. ada orang langgar kami wei.. nasib baik kami masih hidup di muka bumi Allah ni.. nampaknya.. Tuhan masih sayangkan kami.. sob.sob.. (sedih) T_T
Arghhhhhhhhhhh !!! sekarang bukan nak cita pasai bab sedih!! aku tengah bengang giler ni ngan mamat yang tak reti bawak motor ! baik naik basikal je bro !!! tak payah nak amek lesen segala !! hishhhh !!!!!
Maunyer aku tak bengang sampai ke tahap ni.. ayah aku dah bagi signal berapa batu jauhnya, dah kona masuk simpang elok-elok dah, tetiba jer ada makhluk Allah yang mata dia letak kat lutut mai hentam belakang kereta !! kalau slow takpe lah jugak, ni sampaikan aku yang kat belakang tu pun rasa macam kena hentam jugak !! huhuhu
Marah, marah jugak.. tapi, aku pun berhati perut jugak arh.. aku pun tau jatuh motor tu sakit.. so, dalam marah tu pun aku kesian jugak tengok mamat tu tergolek-golek atas jalan..
Then, ayah aku tanya nak pi hospital ke tak.. dia jawab tak mau.. okey, kalau macam tu selesai ja lah kat sini ataupun heret pi balai jer..
Tiba-tiba !! dia bangun and cakap, "mana boleyh macam ni.. pak cik bagi signal dah dekat.. saya mana nampak! "
Kurang asam punya budak!! dah lah langgaq kereta ayah aku, nak tunjuk keras kepala pulak ! okey, tahap kesian aku kat dia still ada walaupun dah berkurang sikit..
Lepas tu, dia call member2 poli dia mintak tolong.. datang la pulak 2 3 orang kawan dia.. semuanya budak luar.. ada aku kisah ??!
Sembang punya sembang, dia suruh ayah aku claim insurans.. woi !! ni kes bukannya bapak aku yang langgar hang! hang yang rabun langgar kereta sape suruh !! sesuka hati je pulak nak mengajaq orang.. herhh !!
Takpe lagi, dia angkut pulak kawan-kawan dia yang lain.. mai pulak sorang mamat kelate ke terengganu pun aku tak tau.. mamat ni lagi stail !! cakap macam mau gado ja..
Ayah aku minta 300, dia kurangkan lagi jadi 200.. what the ??? aku kata la, " ni dah kira bertolak ansuq gak la ni bagi 300 tu ! mana boleh camni! dah salah tu salah la jugak! "
Dia balas, "memanglah salah.. tapi kami student.. kami tak de duit..kak pun paham kan student macam mana.. " KAK ??!! aku muda lagi arh pada hang!!!
Aku jawab, " ni bukan kes student ke tak ! sape suruh dia ni langgar! macam mana pun tetap kena bayar!" dia terus blah dengan muka angin..
bla.. bla.. bla..
Sejam lebih selepas tu....
Ayah aku kurangkan jadi 250.. tiba-tiba depa cakap, 100 boleh pak cik? kami takde duit.. yang ni memang aku angin giler !! ingat ni kereta mainan ke apa?? orang dah cukup baik bagi diskaun segala hang nak lebih-lebih pulak apehal!!!
Last2, ada sorang cina mai setel.. nak tak nak, kena bagi jugak 160.. kalau tak mau pi jumpak polis.. tau pun bagi !! tu pun kutip duit ngan kawan2..
Herhhh.. sumpah sakit ati !! bukannya aku tak paham student, mai tempat orang pe macam mana.. tapi adab tu bagi la ada sikit.. dah memang salah tu tak payah la nak lari.. kira bagoih la ayah aku tak heret hang pi balai polis tau dak !!
p / s : malang memang tak berbau.. V_V
No comments:
Post a Comment