Thursday, 15 March 2012

Aku masih di sini

Awan berarak mendung
Langit semakin gelap
Namun aku masih di sini
Mencari-cari
Bayangan yang tak pasti hadir

Aku masih di sini
Menunggu.. dan terus menunggu
Burung-burung berterbangan di awangan
Mencari tempat untuk berteduh
Bila matahari mulai tenggelam
Sedangkan aku
Masih di tepi lautan ini
Terus menanti

Matahari bersama bulan
Laut bersama ombak
Angin bersama udara
Kasih bersama sayang
Semuanya mempunyai teman
Dan aku masih di sini
Kesepian
Menanti bayangan yang entah kapan akan kutemu

Awan berarak pilu
Meninggalkan kecerahan siang
Pilu sebagaimana hatiku
Cuba menanti jawapan dari bayangan yang belum kutemui

Setiap yang hilang pasti berganti
Setiap yang patah pasti akan tumbuh
Setiap yang hidup pasti akan mati
Perasaan ? Pasti jua akan berubah

Bayangan itu
Selalu menggangguku
Dalam setiap detik waktu hidupku
Aku terlalu merindui
Rindu akan bayangan itu
Bayangan yang tak mungkin aku capai
Bayangan yang tak mungkin aku miliki

Langit semakin gelap
Angin semakin meniup laju
Dinginnya tak dapat menyembuhkan lukaku

Ombak tidak henti menghempas pantai
Dengan sekejap ia berlalu pergi
Meninggalkan buih-buih kecil di permukaan pasir
Seringkali datang menjengah
Seringkali juga pergi berlalu
Sedangkan pantai, setia menanti ombak tersebut
Namun ombak tetap berlalu pergi

Awan berarak mendung
Matahari sudah tenggelam ke perut bumi
Aku berdiri di sini
Mengukir sebuah janji
Janji untuk diriku sendiri
Aku akan tetap menunggu di sini..


Whats wrong with me ?


Confuse ! Confuse ! Confuse !
Apa ke peliknya dengan aku dua tiga menjak ni.. Dah jadi macam orang buang tabiat dah..
Aku pun tak tahu..
Tadi, aku hampir-hampir kena langgar dengan kereta. Aku dah toleh kiri kanan dah tapi aku tak perasan pun ada kereta. Bila aku lintas ja tiba-tiba ada kereta tengah melulu laju dekat aku !
Fuh.. semangat.. Nasib baiklah aku sempat lari ke tepi jalan. Kalau tak, result SPM aku mak ayah aku ajalah yang ambil.. Sedih tak ayat aku ? Hehe..
Aku pun terkejut dengan kereta tadi tu.
Lepas tu pulak, aku pergi beli air. Tunggu punya tunggu, tak siap-siap pun. Dia pi ambil Air telaga ke apa pun entah laa. Lembab betol ! Huh !
Last-last, sampailah jugak air aku tu. Aku nak minum la.. Dahaga bagai nak mati.
Cari dalam plastik, straw takda pun ! Ish, dahlah buat air lambat. Straw pulak dah tak bagi.
Aku pun pergi la kat mamat buat air tu balik mintak straw..
Dia tersenyum-senyum. Kenapa ? =="
Dia pegang plastik tu then dia tunjuk "Ni straw "
Uiiii.. Malu siot ! Nampak sangatlah tak guna aku pakai spek ni kalau straw depan mata tu pun tak nampak ! Huhu.. Kan ? Aku memang agak pelik sekarang ni.
Aku tak faham kenapa. Apa yang aku buat asyik tak betul jaa.
Adakah sebab result yang makin hampir ? Ataupun sebab lain ..?
Aku sendiri takda jawapannya..

Tuesday, 13 March 2012

Sayang ker ?



Hye semua ! :)
Okey, hari ni aku nak cakap pasal sayang. Sayang yang macam mana? Alaa.. sayang laa.. buat tak paham pulak ! haha.. Okey, back to the topic actually aku nak cakap pasal perasaan sayang yang makin berkurang. Macam manalah tu agaknya kan ?

Perkara ni mungkin sesetengah orang jer yang rasa. Selalunya orang yang pernah couple lah kan. Selalu menangis. Tipulah kalau cakap tak pernah keluarkan air mata tu walaupun setitik ! Haha.. Okey, jom kita tengok. Betul ka tak semua perubahan ni bila dah lama-lama kenal ? But, ni semua dari apa yang aku tengok aja lah. Mungkin ada yang betul and mungkin tak.

BILA SAYANG TENGAH MENGGUNUNG

--> Waktu first time korang jumpa someone mesti semua indah kan ?Contohnya, partner akan cakap .... " Awak.. saya tak sanggup kehilangan awak. Awak jangan tinggalkan saya ek ?" .
--> Puji diri kita ? Contohnya, partner akan cakap .... "Saya tak pernah jumpa someone cantik / hensem macam awak. Awak terlalu baik untuk saya. Saya bersyukur sangat dapat kenal dengan awak !"
--> Waktu tackle kita ? Contohnya, "Awak.. please bagi saya peluang untuk buktikan betapa saya sayangkan awak. Saya janji, saya akan lakukan apa saja demi awak !"
--> Bila dah dapat number phone ? Mesej 24 hours ! Nak tinggal pergi mandi pun cakap rindu. Contohnya, " Awak, saya suka sangat mesej dengan awak. Happy sangat. Tak pernah bosan pun tau tak."
--> Kalau partner tengah busy ? Contohnya, "Saya ada kerja ni. Tapi takpelah, demi awak saya layan awak dulu. Kerja saya bila-bila pun boleh buat."
--> Wish birthday ? Contohnya, akan jadi first person yang wish ! Tepat pukul 12 AM ! And akan sediakan hadiah yang special.
--> Kredit habis ? Contohnya, "Kredit saya habislah. Takpe, kejap lagi saya keluar top-up k? Tak menyusahkan saya pun.."
--> Percakapan dan pujukan ? Contohnya, "Awak janganlah macam ni. Ok, saya minta maaf ya sayang ? Kita jangan gadoh-gadoh lagi k? Saya sayang awak.."


BILA SAYANG DAH HILANG

--> Tak kisah pun kalau takda dia. Contohnya, "Hey, aku tak kisah la kalau kau takde ! Menyesal jer aku jumpa kau !"
--> Puji ? Contohnya, "Cantik tak saya pakai baju ni ?" Dan akan dibalas, "Sama ja awak pakai apa pun."
--> Bila dah dapat ? Buat tak endah ja kat partner.
--> Mesej ? 10 minit pun dah rasa boring. Rimas.
--> Tengah busy ? Jangan haraplah nak dilayan. Phone pun off terus.
--> Birthday pulak ? Mungkin ingat dan mungkin tak.
--> Kredit habis ? Biar jer.. Kalau aku ada duit nantilah baru top-up.
--> Cara cakap ? "Hey ! Punya pasal kau lah nak buat apa pun ! Ingat aku kisah kau ada ke tak ?!"

ZzZZzzzzzZZz.. Hahahah.. Relax..Relax.. Aku tak tujukan benda ni kat sapa-sapa pun. Sama ada lelaki ataupun perempuan. Ini umum. Aku juz nak share. Kalau ada yang betul, mungkin cuma kebetulan. Jangan nak emo pulak ! Heheh..
Tapi, apa-apa pun janganlah buat macam ni k? Tak baik permainkan perasaan orang.
Ok, thanks for read this entry !

Tuesday, 6 March 2012

Mimpi - mimpi kita ..






Biar mimpi - mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah tapi
Mimpi ini harus satu

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi - mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi - mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita


yupp.. every people has their own dream .. macam aku jugak..
macam - macam yang aku impikan satu hari nanti .. hidup bahagia dengan orang aku cinta sampai nafas aku yang terakhir .. dapat capai cita - cita aku ..
dapat berbakti pada parents aku ..

tapi.. aku tau , tak semua mimpi or angan - angan aku tu akan tercapai .. terutamanya orang yang aku cinta ..
betul , i'm too young to talk about love .. but love never look age .. and this is what happen to me right now.. unfortunately , i fall in love in this young age .. and i really appreciated all my love time ..

but then , langit tak selalu cerah kan .. sebab tu aku cakap mungkin setiap mimpi - mimpi aku tu salah satunya takkan tercapai ..
aku tak tau ..
memang , tak mudah untuk kita hadapi sesuatu dugaan yang datang .. terutamanya melibatkan orang yang kita sayang ..

tapi , macam mana pun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan .. dan aku tau , mungkin aku tak selayaknya terima cinta ni .. mungkin cinta yang dah sampai kat aku ni satu kesilapan ..
aku yang tak layak untuk terima cinta ni .. maybe i'd made not for him...

and now , i realized that not every love story has happy ending ..

Sunday, 4 March 2012

ACCIDENT YANG MENYAKITKAN HATI !!!

Aku accident tadi.. ada orang langgar kami wei.. nasib baik kami masih hidup di muka bumi Allah ni.. nampaknya.. Tuhan masih sayangkan kami.. sob.sob.. (sedih) T_T

Arghhhhhhhhhhh !!! sekarang bukan nak cita pasai bab sedih!! aku tengah bengang giler ni ngan mamat yang tak reti bawak motor ! baik naik basikal je bro !!! tak payah nak amek lesen segala !! hishhhh !!!!!

Maunyer aku tak bengang sampai ke tahap ni.. ayah aku dah bagi signal berapa batu jauhnya, dah kona masuk simpang elok-elok dah, tetiba jer ada makhluk Allah yang mata dia letak kat lutut mai hentam belakang kereta !! kalau slow takpe lah jugak, ni sampaikan aku yang kat belakang tu pun rasa macam kena hentam jugak !! huhuhu

Marah, marah jugak.. tapi, aku pun berhati perut jugak arh.. aku pun tau jatuh motor tu sakit.. so, dalam marah tu pun aku kesian jugak tengok mamat tu tergolek-golek atas jalan..

Then, ayah aku tanya nak pi hospital ke tak.. dia jawab tak mau.. okey, kalau macam tu selesai ja lah kat sini ataupun heret pi balai jer..

Tiba-tiba !! dia bangun and cakap, "mana boleyh macam ni.. pak cik bagi signal dah dekat.. saya mana nampak! "
Kurang asam punya budak!! dah lah langgaq kereta ayah aku, nak tunjuk keras kepala pulak ! okey, tahap kesian aku kat dia still ada walaupun dah berkurang sikit..

Lepas tu, dia call member2 poli dia mintak tolong.. datang la pulak 2 3 orang kawan dia.. semuanya budak luar.. ada aku kisah ??!

Sembang punya sembang, dia suruh ayah aku claim insurans.. woi !! ni kes bukannya bapak aku yang langgar hang! hang yang rabun langgar kereta sape suruh !! sesuka hati je pulak nak mengajaq orang.. herhh !!

Takpe lagi, dia angkut pulak kawan-kawan dia yang lain.. mai pulak sorang mamat kelate ke terengganu pun aku tak tau.. mamat ni lagi stail !! cakap macam mau gado ja..

Ayah aku minta 300, dia kurangkan lagi jadi 200.. what the ??? aku kata la, " ni dah kira bertolak ansuq gak la ni bagi 300 tu ! mana boleh camni! dah salah tu salah la jugak! "

Dia balas, "memanglah salah.. tapi kami student.. kami tak de duit..kak pun paham kan student macam mana.. " KAK ??!! aku muda lagi arh pada hang!!!
Aku jawab, " ni bukan kes student ke tak ! sape suruh dia ni langgar! macam mana pun tetap kena bayar!" dia terus blah dengan muka angin..

bla.. bla.. bla..

Sejam lebih selepas tu....

Ayah aku kurangkan jadi 250.. tiba-tiba depa cakap, 100 boleh pak cik? kami takde duit.. yang ni memang aku angin giler !! ingat ni kereta mainan ke apa?? orang dah cukup baik bagi diskaun segala hang nak lebih-lebih pulak apehal!!!

Last2, ada sorang cina mai setel.. nak tak nak, kena bagi jugak 160.. kalau tak mau pi jumpak polis.. tau pun bagi !! tu pun kutip duit ngan kawan2..

Herhhh.. sumpah sakit ati !! bukannya aku tak paham student, mai tempat orang pe macam mana.. tapi adab tu bagi la ada sikit.. dah memang salah tu tak payah la nak lari.. kira bagoih la ayah aku tak heret hang pi balai polis tau dak !!

p / s : malang memang tak berbau.. V_V

Thursday, 1 March 2012

March

Assalammualaikum.. hye u alls.. hehe.. Kejap je kan masa berlalu.. Tengok-tengok dah bulan 3 dah.. Bulan 3 ?? huhuuu.. Bulan ni lah yang bakal menentukan masa depan aku.. Cerah ka gelap pun belum tentu lagi..

Sebelum-sebelum ni boleh la jugak aku dok rasa lambat lagi.. Tapi bila dah masuk bulan Mac ni, semua rasa dah timbul..

Apa-apa pun aku harap result aku elok.. and boleh masuk U.. kalau tak memang kena paksa kahwin ja lah senang.. ahahaha.. ^^(Y)