Aku lihat, kau dan dia..
Terlalu asyik dibuai cinta yang semakin mekar. Hari demi hari.
Semuanya di depan mata aku.
Aku lihat, kau dan dia..
Tersenyum manis pabila bersua.
Tersipu malu pabila berkata.
Tercari-cari pabila tiada.
Dan aku di sini, tetap jua melihat.
Tempat itu..
Pernah kau berikan kepadaku dulu.
Pernah aku rasakan manisnya dulu.
Pernah aku rasakan indahnya dulu.
Pernah aku tersenyum manis sepertinya dulu.
Aku pernah rasakan semua itu.
Aku dan dia..
Bezanya, kau anggap aku sebagai cubaan.
Bezanya, kau anggap aku sebagai sampingan.
Bezanya, kau anggap aku sebagai mainan.
Bezanya, kau anggap aku sebagai mainan.
Tetapi dia, kau anggap sebagai harapan.
Kau anggap sebagai peneman.
Kau anggap sebagai impian.
Kau anggap sebagai peneman.
Kau anggap sebagai impian.
...................................................................
*Nota: Sejujurnya, sehinnga waktu ini aku masih terkilan dengan apa yang pernah terjadi antara kita. Kau datang tiba-tiba, bagi aku segunung harapan, dan kemudian mengatakan semua itu hanyalah "teman biasa". Ya, sekarang kau mungkin bahagia dengan si dia. Aku hanya mampu menahan diri aku dari melihat kemesraan kau bersamanya. Kerana dulu, kau pernah berkata, "you is my future.."
No comments:
Post a Comment