Hari ni hari Ahad. Esok hari Isnin. Ya, hari Isnin yang paling tidak bersemangat sekali. Haishhh.. what to do kan? Still kena pergi kelas. So, disebabkan hari ni hujung minggu, aku sengaja bangun lambat. Muahahaa.. Anak dara zaman sekarang :p
Sarapan aku hanyalah secawan milo dan sosej rebus. Why rebus? *Jaga kesihatan* muahahaa. Konon nak tiru ala-ala korea laa sebab rebus kan. And lagi satu, konon je la sihat. Pagi-2 dah makan sosej. Haih.. Nak buat macam mana, tu je yang termampu..
Lepas dah makan, housemate aku yang sorang ni tanya aku.
"Zaf..semalam ada dengar pape tak?"
Aku jawablah takde. Memang semalam aku tengah layan Running Man pun. Hahaha.. Aku cuma dengar dorang balik je sebab sebelum tu dorang keluar. Then aku tanya kenapa?
"Semalam kami kena mengusik.."
Automatik bulu roma aku tegak 90 degree! Hahaha. Tapi aku cuba kawal. Taknak nampak sangat yang aku takut.
"Korang ada nampak pape ke semalam???"
"Tak nampak, tapi dengar.."
Dengar?? Perghhh lagilah aku cuak! Maunye tak cuak, aku dah la tido sorang je kat bawah ni. Bilik lain semua kat atas.
"Korang dengar apa???"
Then housemate aku pun citer. Semalam lepas dorang balik, dorang duduk la meja keramat dorang tu. Kenapa meja keramat?? sebab meja tu la tempat dorang bertapa siang dan malam. Hahaha.. Pastu, housemate aku yang sorang ni whatsapp dengan mak dia. Hantar voice note segala bagai. Tetiba, voice note yang mak dia hantar tu, keluar suara orang gelak. Dia pelik. Dia ingatkan mak dia saja nak bergurau. Then dia reply la voice note tu. Yang dia reply tu pun suara orang gelak jugak!! Kawan aku dah mula gelabah. Tambah2 lagi bila dia stopkan voice note tu pun voice note tu still play jugak!! Dia tekan home pun, benda tu tak hilang2!! Last2 dia off phone.
Dua-2 kawan aku ni memang dah gelabah teruk. Yang sorang tu siap terlupa macam mana nak baca ayat Kursi! Hahaha.. Yang pelik,aku langsung tak dengar pape!!Lepas dia naik atas, dia play balik voice note tu, dah takde pape dah.
Ya Allah.. risaunya aku :(
Dahlah aku tidur sorang-2 kat bawah ni. Seriously takut. Tapi, aku rasa rumah ni ok je. Takde rasa pape pun. Mungkin disebabkan dia balik dari laut waktu senja, then terus keluar lagi beli barang naik motor waktu malam. Mungkin ada benda yang tertumpang sekali gamaknya. Huhu
So, point of the story, jangan keluar malam-2 naik motor! Eh! Hahaha
No comments:
Post a Comment