Sunday, 11 May 2014

Our Precious Moment..

Yesterday was totally made my day. Terharu sangat bila ada yang sanggup datang dari jauh untuk pick up aku and spend time dengan aku. Walaupun terpaksa meredah jalan yang jem hampir satu jam lebih, but still you came to meet me..



Strawberry chocolate with ice cream vanilla. So yummy ! 


Akhirnya dapat juga makan strawberry chocolate yang fresh tu. Dah lama teringin. Hihi.. 




Berselfie. Buat phone orang macam aku punya. Hohoho






"Awak, amek gambar saya dekat sini.." *posing tepi pokok*
"Okey.."

Jalan beberapa langkah...

"Awak, amekkan kat sini pulak. Bagi nampak scene belakang tu"
"Yelah.."

Jalan naik atas sikit.

"Awak,cuba awak amek gambar dari situ. Saya berdiri kat sini"
"Haishh awak ni. Kenapa tak nak amek gambar setiap tangga tu je?"









Hihihi.. Sorry awak, you're my bodyguard. So, terpaksalah ikut arahan saya.
Your phone is my phone and my phone is still my phone. Sebab tu la sesuka hati buat macam2 dekat phone awak kan. Hehe.. 














I love the nature there. The scenery was totally beautiful. I love the fresh air.
Tenang sangat perasaan dekat atas tu. Dengan cuaca yang mendung dan hujan sikit2 tu buatkan keadaan kat sana bertambah sejuk.Even angin sikit pun dah boleh buat badan rasa nak cari comforter. Kikiki









Thanks dear for every single thing you did for me..
I know, sometimes I being childlish to you. But it's how I showed my love for you.
And all this while, only you can accept all my flaws..
It has been years, and this feelings keep growing day by day for you..
We've been together through thick and thins..
And finally we've reached this stage..
I just hope for the best for our future..
I need you in my days and nights..
You're my first and I hope you'll be my last.. 
Thanks for loving me.. 
I love you.. :)


Wednesday, 16 April 2014

I'll be a Doctor

Tengah aku menaip ni, jam dah nak pukul sebelas malam. Lepas tu, esok mulalah nak menguap macam ikan paus lapar dalam kelas. Ikan menguap ke? Ermm abaikan.. Hehehe. Actually, iolls baru je habis buat tutorial pharm chem (in short form. Kalau panjang, analytical pharmaceutical chemistry). Haaa nampak kau, panjang benor namanya. Perghh lecturer tu bagi soalan tutorial bapak banyak! Dekat 50 soalan! *nangis* Tapi, aku hanya mampu jawab 30 je baru. Selebihnya biarlah dulu. Hihihi.


Cerita pagi tadi...



Aku ada asessment lab untuk pharmacy service pagi tadi. Asessment ni semuanya ada 9 station. Setiap satu station cuma 5 MINIT !!! Aku dah try baca semua calculation and teori semalam. But, when I first entered the lab and sat on the first station, looked through the question, suddenly my brain stopped working. I'm totally blank!!! Huarghhh ! Untuk kesemua station tu, hanya ada beberapa station je yang aku mampu jawab. Tu pun 50/50. Seriously, soalan dia sangat mengelirukan. Even ada yang information transfer je pun, tapi kau takkan tau nak transfer maklumat ape je dalam answer sheet tu. Lastly, keluar lab dengan muka pasrah je -.-


Then, masuk kelas dispensing. Dapat balik result asessment last week. Alhamdulillah.. Lepas dari target aku. Hehehe.. Balik rumah terus call mak citer result tu. Hahaha. Eksaited kateko.. Then, tetiba mak tanya

"adik nak sambung doktor ke?"

Aku tersentap. Lepas tu tergelak. Hahaha. Aku jadi doktor???! 

Actually, aku tak pernah minat dan terpikir untuk sambung kos dalam aliran sains pun lepas SPM dulu. Tapi, lepas dah 2 tahun dalam kos ni, aku jadi minat ke arah sains tu kecuali KIMIA ! Hahaha. Aku memang takkan pernah ada "chemistry" dengan kimia okeyy.. Disebabkan minat sikit-2 tu kengkadang aku terpikir nak sambung medik jugak. 


Sooooo.....




Sambil aku buat tutorial tadi, aku pun search la pasal syarat kelayakan untuk sambung medik ni. Dan ternyata, SPM aku tak lepas! Kahkahkah.. Alahai.. apa la malang sangat. Nak sambung degree pharmacy pun tak lepas, kena tengok result spm balik. Hmm.. What to do, aku memang taknak repeat spm balik dah pun. Terpaksalah search untuk kos lain. 

Tapi alhamdulillah, ada satu kos yang aku minat tu syarat dia aku lepas. Seriously aku nak sangat2 masuk USM!! Hopefully, ada rezeki aku untuk masuk USM :)


Sunday, 13 April 2014

Pagi ahad yang seram

Hari ni hari Ahad. Esok hari Isnin. Ya, hari Isnin yang paling tidak bersemangat sekali. Haishhh.. what to do kan? Still kena pergi kelas. So, disebabkan hari ni hujung minggu, aku sengaja bangun lambat. Muahahaa.. Anak dara zaman sekarang :p

Sarapan aku hanyalah secawan milo dan sosej rebus. Why rebus? *Jaga kesihatan* muahahaa. Konon nak tiru ala-ala korea laa sebab rebus kan. And lagi satu, konon je la sihat. Pagi-2 dah makan sosej. Haih.. Nak buat macam mana, tu je yang termampu..

Lepas dah makan, housemate aku yang sorang ni tanya aku. 

"Zaf..semalam ada dengar pape tak?"

Aku jawablah takde. Memang semalam aku tengah layan Running Man pun. Hahaha.. Aku cuma dengar dorang balik je sebab sebelum tu dorang keluar. Then aku tanya kenapa?

"Semalam kami kena mengusik.."

Automatik bulu roma aku tegak 90 degree! Hahaha. Tapi aku cuba kawal. Taknak nampak sangat yang aku takut. 

"Korang ada nampak pape ke semalam???"

"Tak nampak, tapi dengar.."

Dengar?? Perghhh lagilah aku cuak! Maunye tak cuak, aku dah la tido sorang je kat bawah ni. Bilik lain semua kat atas. 

"Korang dengar apa???"

Then housemate aku pun citer. Semalam lepas dorang balik, dorang duduk la meja keramat dorang tu. Kenapa meja keramat?? sebab meja tu la tempat dorang bertapa siang dan malam. Hahaha.. Pastu, housemate aku yang sorang ni whatsapp dengan mak dia. Hantar voice note segala bagai. Tetiba, voice note yang mak dia hantar tu, keluar suara orang gelak.  Dia pelik. Dia ingatkan mak dia saja nak bergurau. Then dia reply la voice note tu. Yang dia reply tu pun suara orang gelak jugak!! Kawan aku dah mula gelabah. Tambah2 lagi bila dia stopkan voice note tu pun voice note tu still play jugak!! Dia tekan home pun, benda tu tak hilang2!! Last2 dia off phone.

Dua-2 kawan aku ni memang dah gelabah teruk. Yang sorang tu siap terlupa macam mana nak baca ayat Kursi! Hahaha.. Yang pelik,aku langsung tak dengar pape!!Lepas dia naik atas, dia play balik voice note tu, dah takde pape dah. 

Ya Allah.. risaunya aku :(

Dahlah aku tidur sorang-2 kat bawah ni. Seriously takut. Tapi, aku rasa rumah ni ok je. Takde rasa pape pun. Mungkin disebabkan dia balik dari laut waktu senja, then terus keluar lagi beli barang naik motor waktu malam. Mungkin ada benda yang tertumpang sekali gamaknya. Huhu

So, point of the story, jangan keluar malam-2 naik motor! Eh! Hahaha












Wednesday, 9 April 2014

"You is my future"

  
Aku lihat, kau dan dia..
Terlalu asyik dibuai cinta yang semakin mekar. Hari demi hari.
Semuanya di depan mata aku.

Aku lihat, kau dan dia..
Tersenyum manis pabila bersua.
Tersipu malu pabila berkata.
Tercari-cari pabila tiada.
Dan aku di sini, tetap jua melihat.

Tempat itu..
Pernah kau berikan kepadaku dulu.
Pernah aku rasakan manisnya dulu.
Pernah aku rasakan indahnya dulu.
Pernah aku tersenyum manis sepertinya dulu.
Aku pernah rasakan semua itu.

Aku dan dia..
Bezanya, kau anggap aku sebagai cubaan.
Bezanya, kau anggap aku sebagai sampingan.
Bezanya, kau anggap aku sebagai mainan.
Tetapi dia, kau anggap sebagai harapan.
Kau anggap sebagai peneman.
Kau anggap sebagai impian.




...................................................................






*Nota: Sejujurnya, sehinnga waktu ini aku masih terkilan dengan apa yang pernah terjadi antara kita. Kau datang tiba-tiba, bagi aku segunung harapan, dan kemudian mengatakan semua itu hanyalah "teman biasa". Ya, sekarang kau mungkin bahagia dengan si dia. Aku hanya mampu menahan diri aku dari melihat kemesraan kau bersamanya. Kerana dulu, kau pernah berkata, "you is my future.."