Wednesday, 24 April 2013

Berdepan dengan patient gila ??

 

Assalammualaikum !
Sihat ke idok ? haha.. 

Today was an awesome day I thought. Ceh ! Awesome lah sangat kan.. Dah naik giler aku dibuatnya..
Btw, hari ini adalah OSPE final exam aku.. Tak tau OSPE tu apa ???
Haa.. OSPE tu kira macam praktikal laa..
First time beb praktikal !
Sebelum ni cuma praktikal buat ubat je dalam lab. Tapi hari ni kena dispense ubat dekat patient !
Mak oiii.. gelabah giler aku ! >.<

Turn aku start pukul 10.25 pagi. And sebelum tu kena get ready awal-2..
Aku rasa masa 5 minit tu macam 5 jam je. Lambat pulak masa berjalan time aku menunggu tu kan. :3
Sekali sampai turn aku daa..
Aku pun masuklah..
Aku nampak ada sorang yang duduk kat kerusi, mungkin pesakit tu lah aku pikir..
Kat sebelah tu pulak penilai, nasib baik lecturer sendiri !
Tapi, markah yang dia nak bagi, wallahualam la kan..
Aku diberi masa 20 saat untuk baca segala peribadi patient tu..

NAMA : Pn. Jamilah binti Dolah
UMUR : 47
SAKIT : Psychiatric (Depression / Kemurungan )
PENERANGAN : Ubat yang diambil sebelum ini berwarna merah. Ubat yang perlu diberi sekarang berwarna kuning. Bla bla bla...

Reaksi aku time tu, "What ? Psycho ??"
Aku dah agak.. Hahaha

Minit yang pertama aku tak tau nak buat apa. Aku pelik, kenapa dia duduk je kat situ, tak datang kat aku pun ?
Pastu, pikir-2 balik, patutla ! Aku tak panggil dia lagi ! Haha
Aku pun panggillah dia.. Nak tau dialog aku ngan orang "gila" tu ?

Aku : Puan Jamilah binti Dolah..
*untuk seketika takde respon pun yang dia bagi*
Aku : Puan Jamilah binti Dolah, sila masuk.. (Masa ni hati aku cakap, kenapa kata masuk ! Bukan office !Oh damn !Silap sudaa..)
Pesakit : Awak panggil saya ke ?! Lain kali panggil kuat sikit ! Saya tak dengar awak tau tak ! (sambil dia berjalan menuju ke tempat yang aku duduk, then dia duduk depan aku)
Aku : Aa.. Saya minta maaf puan. Puan, ni ubat puan. Puan amek 2 biji sehari erk ?
Pesakit : Ubat apa pulak ! Saya tak sakit pun la.. Kenapa awak nak bagi ubat kat saya pulak !
Aku : Tapi puan.. 
Pesakit : Saya tak nak makan ubat awak ! Tengok tu, dahlah warna kuning ! Ubat saya warna merah tau tak ! (Sambil tunjuk ubat yang dia bawak warna merah ) Awak nak saya sakit kuning ke apa makan ubat ni hah ?!
Aku : (Dalam hati: Makkk!!! Sabor jelah bebanyak dengan dia ni !!) Eh, tak puan.. Puan takkan sakit kuning pun kalau puan amek ubat ni ! Ubat ni tetap sama jugak dengan ubat puan tu.. Cuma warna dia je lain,.
Pesakit : Saya cakap saya tak nak !! Awak tak faham ke ?!! (Sambil dia menjengilkan mata dekat aku)


Haa.. nampak tak ?? HAHAHA

Aku : Err.. Puan janganlah macam ni.. Puan kena makan ubat ni..
Pesakit : Saya cakap saya tak nak ubat awak ni ! Dah, saya nak balik ! Awak call saya bila awak dah dapat ubat warna merah ni nanti..
Aku : Eh puan! Jangan balik dulu ! Kalau puan tak nak amek ubat ni, nanti kalau puan sakit macam mana..?
Pesakit : Kan saya cakap saya tak sakit ! Ubat kuning awak tu yang buatkan saya sakit tau tak ! Kalau saya makan ubat warna merah ni, saya rasa happy je, sihat !
Aku : Puan tahu mana yang ubat warna kuning ni akan buat puan sakit.. Puan tak makan lagi pun.. Cuba puan try dulu ubat ni..

Tinggggg !!! *loceng bunyi*

Haaa.. Nampak tak ?
Betapa susahnya nak pujuk orang macam tu makan ubat !
Pandai benor dia bercakap mengalahkan pharmacist ! Hahaha..
Aku rasa macam aku pulak yang kena sakit kemurungan tu lepas dispense ubat kat dia tau.. 

Dah lepas satu stesyen dispensing, aku kena interview pulak !
Phewwwwwwwwwwww !!
Yang ni lagilah.. Kena speaking !
Aku hentam ajelah cakap apa pun.. Grammar takyah cakaplah, tunggang langgang !
Hahaha.. Aku rasa macam nak pakai topeng je time tuu..
So, redha jelah dapat apa pun untuk OSPE nih.. 
Dah cuba buat yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan..

No comments:

Post a Comment