Wednesday, 24 April 2013

Berdepan dengan patient gila ??

 

Assalammualaikum !
Sihat ke idok ? haha.. 

Today was an awesome day I thought. Ceh ! Awesome lah sangat kan.. Dah naik giler aku dibuatnya..
Btw, hari ini adalah OSPE final exam aku.. Tak tau OSPE tu apa ???
Haa.. OSPE tu kira macam praktikal laa..
First time beb praktikal !
Sebelum ni cuma praktikal buat ubat je dalam lab. Tapi hari ni kena dispense ubat dekat patient !
Mak oiii.. gelabah giler aku ! >.<

Turn aku start pukul 10.25 pagi. And sebelum tu kena get ready awal-2..
Aku rasa masa 5 minit tu macam 5 jam je. Lambat pulak masa berjalan time aku menunggu tu kan. :3
Sekali sampai turn aku daa..
Aku pun masuklah..
Aku nampak ada sorang yang duduk kat kerusi, mungkin pesakit tu lah aku pikir..
Kat sebelah tu pulak penilai, nasib baik lecturer sendiri !
Tapi, markah yang dia nak bagi, wallahualam la kan..
Aku diberi masa 20 saat untuk baca segala peribadi patient tu..

NAMA : Pn. Jamilah binti Dolah
UMUR : 47
SAKIT : Psychiatric (Depression / Kemurungan )
PENERANGAN : Ubat yang diambil sebelum ini berwarna merah. Ubat yang perlu diberi sekarang berwarna kuning. Bla bla bla...

Reaksi aku time tu, "What ? Psycho ??"
Aku dah agak.. Hahaha

Minit yang pertama aku tak tau nak buat apa. Aku pelik, kenapa dia duduk je kat situ, tak datang kat aku pun ?
Pastu, pikir-2 balik, patutla ! Aku tak panggil dia lagi ! Haha
Aku pun panggillah dia.. Nak tau dialog aku ngan orang "gila" tu ?

Aku : Puan Jamilah binti Dolah..
*untuk seketika takde respon pun yang dia bagi*
Aku : Puan Jamilah binti Dolah, sila masuk.. (Masa ni hati aku cakap, kenapa kata masuk ! Bukan office !Oh damn !Silap sudaa..)
Pesakit : Awak panggil saya ke ?! Lain kali panggil kuat sikit ! Saya tak dengar awak tau tak ! (sambil dia berjalan menuju ke tempat yang aku duduk, then dia duduk depan aku)
Aku : Aa.. Saya minta maaf puan. Puan, ni ubat puan. Puan amek 2 biji sehari erk ?
Pesakit : Ubat apa pulak ! Saya tak sakit pun la.. Kenapa awak nak bagi ubat kat saya pulak !
Aku : Tapi puan.. 
Pesakit : Saya tak nak makan ubat awak ! Tengok tu, dahlah warna kuning ! Ubat saya warna merah tau tak ! (Sambil tunjuk ubat yang dia bawak warna merah ) Awak nak saya sakit kuning ke apa makan ubat ni hah ?!
Aku : (Dalam hati: Makkk!!! Sabor jelah bebanyak dengan dia ni !!) Eh, tak puan.. Puan takkan sakit kuning pun kalau puan amek ubat ni ! Ubat ni tetap sama jugak dengan ubat puan tu.. Cuma warna dia je lain,.
Pesakit : Saya cakap saya tak nak !! Awak tak faham ke ?!! (Sambil dia menjengilkan mata dekat aku)


Haa.. nampak tak ?? HAHAHA

Aku : Err.. Puan janganlah macam ni.. Puan kena makan ubat ni..
Pesakit : Saya cakap saya tak nak ubat awak ni ! Dah, saya nak balik ! Awak call saya bila awak dah dapat ubat warna merah ni nanti..
Aku : Eh puan! Jangan balik dulu ! Kalau puan tak nak amek ubat ni, nanti kalau puan sakit macam mana..?
Pesakit : Kan saya cakap saya tak sakit ! Ubat kuning awak tu yang buatkan saya sakit tau tak ! Kalau saya makan ubat warna merah ni, saya rasa happy je, sihat !
Aku : Puan tahu mana yang ubat warna kuning ni akan buat puan sakit.. Puan tak makan lagi pun.. Cuba puan try dulu ubat ni..

Tinggggg !!! *loceng bunyi*

Haaa.. Nampak tak ?
Betapa susahnya nak pujuk orang macam tu makan ubat !
Pandai benor dia bercakap mengalahkan pharmacist ! Hahaha..
Aku rasa macam aku pulak yang kena sakit kemurungan tu lepas dispense ubat kat dia tau.. 

Dah lepas satu stesyen dispensing, aku kena interview pulak !
Phewwwwwwwwwwww !!
Yang ni lagilah.. Kena speaking !
Aku hentam ajelah cakap apa pun.. Grammar takyah cakaplah, tunggang langgang !
Hahaha.. Aku rasa macam nak pakai topeng je time tuu..
So, redha jelah dapat apa pun untuk OSPE nih.. 
Dah cuba buat yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan..

Tuesday, 23 April 2013

Bermain dengan perasaan


Assalammualaikum..

Aku pasang radio and semua lagu sedih n mendayu-dayu je.. Pasal cinta tak kesampaian laa.. Cinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain laa.. Pasal suka dalam dian laa.. Haish, banyak jugak kan masalah yang berkaitan dengan hati dan perasaan ni? Hehe.. Poyo je soalan aku ni.

Jangan cakap poyo ke pape k.. Korang takkan pernah faham apa tu bermain dengan perasaan sehinggalah korang yang alami sendiri perasaan tu. Sakit ? I don't know how to describe that feelings actually eventhough it always come to me.. 

Sometimes, I just wanna let all this things just dissappear from my mind. Aku berharap sangat bila aku bangun pagi-pagi, semua perasaan aku ni hilang. Tapi, semua tu tak jadi pun. Kalaulah ada alat peluntur perasaan kan? Hihi.. Aku takut bila bermain dengan perasaan sendiri.

Why ?
Aku takut untuk hadapi segala kemungkinan. Memang, Allah dah tentukan segala-galanya. Dari awal kita diciptakan, sampailah ke akhir nafas kita. Tugas kita, hanya berdoa pada-Nya. Ya, aku dah lakukan semua tu. Aku berserah diri pada Dia untuk pohonkan segala yang terkandung dalam hati aku. Apa yang aku rasakan, aku luahkan. 

Tapi, aku masih kabur dengan semua petunjuk yang aku dapat. Hati aku kuat mengatakan semua tu akan terjadi. Tapi kadang-kadang terlintas jugak di fikiran aku yang semua tu hanya angan-angan aku ja. Aku takut untuk bermain dengan perasaan sendiri. 

Semua mimpi yang aku dapat macam memberi petanda sesuatu akan terjadi. Hmm.. No one knows His plan.. Mungkin aku hanya perlu redha dengan apa yang dah aku usahakan kot.. Yang selebihnya, serahkan pada Allah kerana dia lebih Mengetahui.. Wallahualam..

Monday, 15 April 2013

Surprising Sticky Note ?

Assalammualaikum.

Aku baru je balik dari kelas. Terus on lappy, godek-2 internet.
On FB, Twitter and segala bagailah kan. Bajet serupa hotsentap jer. Haha
Berkaitan dengan tajuk entry aku ni, aku ada CRUSH yang hantar sticky note kat aku ke ?! 


Oh myyy.. that was just like a day dreaming I thought! ( oh my english )
Kalau aku dapat sticky note from someone yang admirer aku ke hape takdelah aku panas hati kan. Haha
Masalahnya, dalam rumah sendiri aku dapat sticky note! WTH ???
Aku tak faham ar kan kalau ada je hamba Allah yang berkenaan yang selalu tak puas hati dengan aku.
Aku tak tahu apa masalah dia.
Segala benda yang dia buat, aku diamkan ja.
Even dia perli aku dekat FB, konon-2 dia tak bersalah and semua salah tu ditujukan ESPECIALLY untuk aku dengan roomate aku. Boleh tahan ke dengan orang macam ni?
Tak cukup dengan dia tampal STICKY NOTE penuh dekat dinding dapur,
ni tampal dekat pintu toilet pulak??!
Oh, she is "Sticky Note's" Girl maybe ?
Sedap pulak mulut aku hari ni menggelarkan orang kan? Haha
Nasib kau  lah kan. Aku tak suka cari pasal dengan orang.
Tapi kalau orang tetiba nak cari pasal dengan aku, impossible untuk aku berdiam je kalau tak kena caranya.
Aku pun ada hati dan perasaan jugak.

p/s : kadang-kadang kita nak mengalah pada sesuatu pun perlu berpada-pada. Kalau sampai benda tu menyakitkan hati kita sendiri, lebih baik bertindak daripada terus menjadi HAMBA orang. Kalau terus jaga hati orang, sapa pulak nak jaga hati kita ? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

Friday, 5 April 2013

Majlis cukur jambul Redza Syah Irfhan

 Assalammualaikum.
Ini adalah gambar terbaru anak sulung Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer.
Semua gambar ni diambil time majlis cukur jambul anak sulung mereka, Redza Syah Irfhan yang berlangsung semalam. Comel sangat-sangat anak Kak Irma !
Kecik-kecik pun dah nampak kehenseman tu. Ahaks! =D




Sejuk hati tengok pasangan ni.
Sesungguhnya bercinta lepas kahwin lebih indah.
=)

Tuesday, 2 April 2013

Diploma Farmasi diperlekehkan ??

 Assalammualaikum readers.

Memandangkan sekarang ini adalah musim junior-juniorku (ayat yang poyo) berserabut untuk membuat keputusan memilih course yang sesuai dengan result SPM, jadi aku ingin serba sedikit membantu adik-adikku sekalian. Muahaha.. Ayat tak leh blah betol..

Nak pilih course yang betul-betul layak dengan result SPM pun sebenarnya boleh buat kepala kita migrain jugak sebenarnya. Haha.. Aku dah lalui, so, aku tau perasaan tu. Tambah-tambah pulak result aku pun macam hampeh je kan.. hikhikhik.. Tapi, camner pun, jangan nak pening-2 sangatlah. Sekarang ni kan banyak karnival Jom Masuk UiTM la ape bagai tu kan.. Pergi jer sana and nanti diorang akan explain lebih lanjut. Sebabnya dalam entry kali ni aku nak terangkan serba sedikit maklumat yang aku boleh share dengan korang semua pasal Diploma in Pharmacy.
Haaa.. besor tulisannya tuh! Ahaks !

Teringat dulu aku time sekolah menengah, ada sorang kawan aku cakap, result k.o camner pun tapi harap-2 boleh sambung amek pharmacy sebab pharmacy ni dikira bagus jugak. But time tu aku hanya dengar je sebab aku langsung tak minat untuk sambung and teruskan segala subjek SAINS tu ! Huhuhu.. Tapi, apa boleh buat, last-2 aku jugak yang dapat kan. haha.. 

So, apa yang aku nak cakapkan kat sini ialah, aku nak MEMPERBETULKAN persepsi sesetengah readers yang telah menyatakan bahawa CGPA Diploma Farmasi untuk sambung ke degree Farmasi adalah 3.5, bukan 3.8
Disebabkan CGPA yang dinyatakan ni terlalu "rendah" la yang membuatkan sesetengah student takut untuk sambung atau apply kos ni. Termasuklah aku. Huaaa.. Memang tak dinafikan sebelum ni pointer adalah 3.8, tapi tahun ni benda tu dah diubah oleh lembaga. So, kalau nak sambung degree, kena dapatkan 3.5 at least. Walau bagaimanapun, diorang still tengok result SPM.
If korang dapat
Chemistry & Biology
C dan ke bawah . . .

korang takkan boleh sambung degree. MELAINKAN korang repeat paper tu. Hehehe..
Tapi, jangan risau.. Peluang kerja lepas diploma amatlah luas. Kalau korang datang UniKL RCMP ni, korang tak perlu risau. Sebabnya, students kat sini semuanya time practical selalu kena puji.
Peluang kerja cerah, korang jangan risau. InshaaAllah !

Okey, lagi 1 dilema, kalau yang Chemistry and Biology yang macam tak berapa ok tu pulak, korang jangan risau sangatlah. Sebabnya, ada je yang takde basic langsung amek diploma ni jugak. Bila final, dapat 3 pointer jugak. Tapi, kena selalu study la. Kalau tak, memang la takkan ok. Hehe
Macam aku, sejak azali aku k.o dengan kimia. Bila final, aku dapat A- ! Haha.. *ok,bangga seminit*

Kalau sem 1, kebanyakannya berkaitan dengan subjek yang dah kita belajar time SPM. Just lebih detail sikit je. Tak susah pun kalau selalu study and bertanya dengan lecturer.
(ceh! aku sendiri pun tak pernah tanya. kihkihkih )
Sem 1 la yang paling senang untuk SKOR. Semuanya adalah basic. Time semester 1 ni lah ramai student yang kalut nak dapatkan Dean List and 4 flat. Hahah
Apabila korang masuk ke sem lain, of course topik makin susah. Tapi, once korang dah sesuaikan diri dengan keadaan, segala nama ubat, preparation untuk sediakan ubat, korang akan best punya. 

ni adalah contoh ubat yang aku dah buat dlam lab. hihihi
*sempat je kan aku snap*



ni pulak sample label yang korang kena buat sendiri. hudoh benor tulisan aku. :3

Ha, senang je kan? Hahaha.. Aku dapat rasakan aku bakal makan selipar kalau ada senior ke coursemate aku yang dapat tau aku cakap macam ni. Ngeh3~

Btw, good luck untuk korang! Pilih kos yang betul-2 okey.
Selidik habis-habisan. Hoho..
Kos yang kita pilih menjamin masa depan kita.
Tata !