Sunday, 24 June 2012

Hantu atau Manusia ?!


Assalammualaikum ! Tak jawab dosa ! Hoho ..

Aku nak cerita pengalaman sebenar aku ni . Citer betul punya ! Takde main2.. Serammmmmmm siotttttt.. Bagi aku la an. Sebab aku yang rasa . Kalau korang yang baca mesti cakap ," hek eleh .. kecoh jer minah ni .." haha .. Ekceli , aku baru balik dari buat medical check-up kat satu klinik ni . Aku tak pernah pi pun klinik ni . Disebabkan dengar citer yang klinik ni murah sikit harga dia kalau buat medical check-up , aku memang kedekut. hew hew ! so aku pun pi lah klinik ni. Masa mula-mula masuk, hati aku dah merungut . Tau hati aku kata apa ? Ni haa.. "Mak aiii !! Ni klinik ka pejabat pendaftaran ?!" Hahaha .. Mau taknya, ramai siot ! Muka semuanya tak nampak sakit pun. Haha.. Okey, biar kat depa lah kan . Aku pun jalan dengan mak aku pi kaunter . Cakap punya cakap, kak tu bagi botol kecik untuk urine test . Benda ni lah yang paling aku tak suka . Baru2 masuk ja, belum sempat duduk lagi, dah suruh aku pi kencing ! Pfffttttt.. Sabor je lah . Aku pun jalanlah pi toilet . Mula2 nak ajak mak aku sekali teman , tapi, memandangkan aku rasa aku dah besar , so, wat berani pi lah kan . Haha .. padahal tandas tak sampai seminit pun jalan . Sampai kat tandas, gelap siot ! Nak kena bukak lampu pulak . Huhu.. aku pun masuklah.. Then..... Hish , takkan aku nak kena citer gak aku buat apa dalam tu ! Pikir sendiri ! Hahaha .. 

TIBA-TIBA ! 

Krikkkkkk.. Pintu terbuka !!!!!! Aku sendiri tak sedar bila masa pintu tu dibuka sedangkan pintu tu memang berbunyi ! Aku tersedar pun bila pintu tu dah nak tertutup dan aku ternampak kelibat macam sorang lelaki . Aku pun jerkah la dia . "Hoii !! " Memang nak marah giler ar . Skodeng aku tak kena tempat kenapa ! Sumpah malu !!!! Aku rasa macam nak keluar dari toilet tu pakai plastic bag je tau dak . Huhuhu.. Aku call mak aku suruh mai depan pintu tandas tu . Aku tanya, ada sape2 mai dekat pintu tu x . Mak aku cakap, takda sape2 lalu pun . Dia dengan ayah aku duduk kat depan tu, langsung tak nampak orang lalu pi toilet tu . Habis tu sape yang bukak ???!!! Aku dah mula seram sejuk . Aku sendir tak tau sape. Mak aku cakap, tu semua iblis jer. Nak kacau . Huhuhu.. Sape yang ada experience camni , tau lah kan camner rasa .

p/s : aku pun rasa memang bukan manusia. sebabnya, aku langsung tak dengar tapak kaki orang jalan. bila aku kata HOI pun, 'dia' tak cakap pape . Oh tidakkkk ! >.<

Wednesday, 20 June 2012

Luahan hati seorang insan bergelar PEREMPUAN


Bila kita sayangkan seseorang , kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .
Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 
Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 
Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal  perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 
Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 
Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya . Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 

p/s : hati perempuan bukan seperti permukaan air . yang bila dibaling batu , berpecah , dan kemudian bercantum kembali . tetapi hati perempuan seperti cermin . yang pabila terluka , ia tercalar dan pecah . jika dicantumkan kembali pun,masih nampak kesan retak itu .

Tuesday, 19 June 2012

Kata Penyejuk Hati

# Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu , dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang .


# Lihatlah ke arah awan , jangan lihat ke arah tanah .


# Sesungguhnya kemudahan itu datang sesudah kesulitan .


# RUGINYA seorang LELAKI apabila dia melepaskan seorang wanita yang INDAH AKHLAKNYA , demi mengejar wanita yang INDAH RUPANYA .


# " Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh meninggalkan kita ." - Imam Syafie


# Kita cuma perlukan SEMINIT untuk SUKAKAN seseorang, SEJAM untuk SAYANGI seseorang, dan SEHARI untuk MENCINTAI seseorang. Tapi SETAHUN belum tentu cukup untuk kita MELUPAKAN seseorang .


# Di setiap tempat , pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda. Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri .


# Sesungguhnya orang yang SABAR sahajalah yang disempurnakan pahala mereka  dengan tak terkira. - Surah Az-Zumar


# Lebih baik meninggalkan "sesuatu" demi Allah, daripada meninggalkan Allah demi "sesuatu" .


# Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.


# Hawa nafsu akan terus menuntut bila engkau memanjakannya tetapi jika engkau paksakan ia pada apa adanya nescaya ia mahu turuti kehendakmu .


# Kadangkala kita tidak pandai menghargai kehadiran hidup seseorang dalam hidup kita , kita menolaknya dang mensia-siakan kehadirannya di sisi kita. Dan apabila dia sudah kecewa dengan kita, pergi jauh dari kehidupan kita, & kita mula menginginkannya, barulah kita sedar dan ingin mencarinya semula . Namun saat itu TIDAK BERMAKNA lagi kerana dia telah pergi jauh membawa diri...


# Sikap menjaga diri dan malu akan MENAMBAHKAN lagi kecantikan seseorang yang TELAH sedia CANTIK .


# Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita SAYANG ,kita diberikan ujian dengan kehilangan. Allah menguji kita dengan impian yang amat kita HARAPKAN, kita tertunduk berlinang air mata saat impian kita kecundang . Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan sesuatu yang lebih berharga untukmu.


# Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku. Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku. Aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi. Tapi sesuatu yang tak bisa aku pelajari, iaitu harus tersenyum di saat orang yang aku sayang menyayangi orang lain.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan ditutup, yang lain akan terbuka. Tapi lazimnya kita memandang pintu yang telah ditutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.


# Dengan matinya sifat egois, kabahagiaan hakiki akan teraih.


# A person who TRULY LOVES you will never stop believing in you and will never let you go no matter how hard the situation is .

Friday, 8 June 2012

Dendam VS Kecewa

Morning u ollss ! Haha.. Aku dah insane. Aku dah gelong. Lama-lama nanti keluaq berita aku masok wad bahagia. LOL ! =..="
Okey, lari dari tajuk kan? Aku tau. Tak payah buat muka heran sangatlah yer. Haha.. Dendam VS Kecewa ni ekceli makna apa? Kenapa ada VERSUS di situ ?

Sebabnyaaaa.. dendam dengan kecewa tu adalah dua jenis perasaan BERBEZA yang lahir dari hati kita. Korang tak caye ? Okey, ekceli perasaan ni memang nak sukar ditafsirkan sebab certain individu jer dapat membezakannya. Walaupun aku tak buat research dulu pasai benda alah ni, tapi bagi aku, memang dua perasaan ni tak sama antara satu sama lain walaupun akibat daripada perasaan ni menyebabkan kita berasa sedih, marah atau pape jer.

Kita perlu tahu yang apabila seseorang tu berDENDAM, dia sukar untuk menangis. Malah, niatnya untuk berbuat sesuatu adalah didorong oleh perasaan amarah. Pada masa yang sama jugak, orang yang berdendam ni kadangkala akan menjadi seperti "gunting dalam lipatan". Dia akan berpura-pura baik di hadapan orang yang menjadikan dia begitu, sedangkan pada waktu itu dia memasang agenda jahat untuk menjahanamkan orang tu. Wahh ayat aku, tak boleh blah betol ! Menjahanamkan u olls ! Haha..
So, orang macam ni selalunya akan mendapat kepuasan bila dia dapat menjahanamkan orang yang dia dendamkan itu.

Tapi, lain pulak dengan orang yang KECEWA nih. Apa yang lainnya ek? Sabar. Nak citerlah la ni. Hihihi.. Orang yang kecewa ni pulak didorong oleh perasaan yang sedih terlampau. Mungkin disebabkan berasa tertipu, atau lain-lain lah kan. Contoh utama , orang putus cinta lah kan. Huhuhu..
Orang yang kecewa ni lebih "selamat" berbanding orang yang berdendam tadi. Selamat pun, kena jagalah jugak kan. Karang sampai bunuh diri tu , masalah lain pulak. Huhuhu.. Individu ni lebih bersikap menyendiri. Dah tu pulak, air mata jer peneman 24 jam. Haha.. Tapi, orang yang kecewa mana pun, still akan bagi peluang kat orang yang kecewakan mereka tu untuk berubah. Tapi, beringatlah yer. Kalau selalu sangat kecewa, sape nak bagi peluang ke 3, ke 4, ke 5 pe tuh ! Walaupun orang yang kecewa ni hati dia sensitif dengan apa je yang jadi, tapi tak bermaksud dia akan terus lemah sebab sampai suatu ketika nanti, orang yang kecewa ni akan jadi lebih KUAT berbanding orang biasa tau !!

Thats all yang mampu aku leterkan and merapukan. Haha !