Wednesday, 23 May 2012

Tergoda Atau Ternoda ?


Assalammualaikum ! Hoho.. Aku tak tau nak buat apa. So, aku hapdate la belog aku ni. Aku ada terbaca satu artikel ni n aku rasakn menarik jugak. Sebab bagi aku, fakta yang aku nak bagitau ni amat-amatlah betul dari pengalaman akulah. Heeeeee ~~ ^_^

Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERGODA , maka sesuatu hubungan tu kebiasaannya akan kekal.

TAPI !

Kalau seseorang tu sukakan kita disebabkan TERNODA dengan kita, dia mula-mula jer sayang bukan main lagi. Bila dah lama-lama, dia akan mula bosan.
So, check out this...

TERGODA

1. Berusaha untuk mengenali kamu dengan lebih dekat
This is mean, dia takkan pernah jemu untuk mendekati kita walaupun kita tunjukkan yang kita tak selesa @ tak suka dengannya. Malah, dia takkan putus asa memujuk kita untuk menerimanya biarpun orang lain memandang serong terhadapnya.

2. Siasat tentang bekas kekasih
 Tujuannya adalah kerana, dia tak mahu menjadi seperti kekasih lama kita yang telah mengecewakan kita. 

3. Sentiasa menghormati
Orang yang tergoda dengan kita tak akan pernah menyentuh kita walaupun di dalam hatinya ada berkeinginan begitu. Selagi kita belum menjadi yang sah baginya, dia akan menghormati kita.

4. Sentiasa bersama kita
Kita akan selalu ditemaninya tak kiralah ke mana saja kita pergi. (kalau toilet tu tak payah tanyalah. confirm takkan ikut ! hehehe.. ) Dia jugak tak kisah kalau kita bawa kawan-kawan kita apabila keluar bersamanya.

5. Ingin jadi perhatian
Sentiasa inginkan perhatian dari kita.

6.Menguji cinta kita
Kadangkala, dia akan membuat kita berasa cemburu seperti bergelak ketawa dgn orang lain. Dia sengaja berbuat demikian sebab nak uji sejauh mana cinta kita padanya.

7. Jaga pertuturan
Setiap perkara yang dibualkan dgn kita adalah perkara yg berfaedah dan ada hala tujunya. Dan yang paling penting, dia tak pernah membicarakan soal seks dgn kita. Baginya, soal tersebut tidak sesuai dibicarakan dgn kita kerana kita masih belum punyai ikatan yg sah dgnnya.

TERNODA

1. Cemburu
Orang yg ternoda ini, tidak pernah mempercayai kita. Dia akan selalu berprasangka buruk terhadap kita.

2.Memikir orang lain
Biarpun kita ada di sisi dia, namun dia tetap memikirkan org lain. Hatinya takkan pernah puas dgn apa yg kita miliki dan berikan kepadanya. Sikapnya yg suka membanding-bandingkan kita dgn orang lain akan membuatkan kita selalu rasa kekurangan.

3. Suka berduaan
Dia tidak suka kalau kita bawa teman lain ketika keluar bersama dengannya. Baginya, mereka pengganggu hubungan kamu berdua.

4. Perangkap
Dia akan cari jalan untuk membuatkan kita ternoda dgnnya seperti mana dia ternoda dgn kita. Contohnya, dia akan mengajak kita keluar tengok wayang dan pada masa ini dia akan cuba mengambil kesempatan terhadap kita.

5. Tidak jujur
Cinta yg ternoda ini selalunya tiada kejujuran. Baginya, cinta boleh dtg bila-bila waktu biarpun sudah ada di depan mata. 

6. Bicara sesuka hati
Dia akan bercakap apa sahaja dan tiada batas dengan kita meskipun mengenai seks. (walaupun baru kenal sehari. eeeuuww.. )

So, ini yg aku dapat share. Kalau ada yg tersinggung, mintak maaflah ye. Aku cuma kongsi fakta jer. Hehe..

Saturday, 19 May 2012

Sampai Hati Awak ..


Pagi ni, aku bangun seperti biasa. Akan aku buka lappy, then mulalah menekan-nekan (ayt BM yg salah ye ) keyboard. Nak tau huruf apa aku tekan ? FACEBOOK ! Haha..
Lepas dah keluar homepage tu.. Aku teragak-agak sendiri. Nak masuk account fb sape erk ?
Hati aku tergerak untuk masuk account fb si dia.
Aku pun tekanlah password yang aku tau..
Tiba-tiba ...

" Sorry! You Entered An Old Password

Your password was changed at: Today at 12:38am " 

Yaa.. Aku memang dah agak. Dia akan tukar password dia jugak.
Macam yang aku buat. Hmm.. Awak.. Tak cukup lagi ke awak block saya ? Awak langsung tak amek tahu pasal saya lagi ? Tak cukup ke ??
Memang saya yang remove awak dulu. Sebab saya sakit hati dengan kata-kata awak.
Saya tukar password tu sebab saya pikir, awak memang tak nak ambik tau pasal saya lagi..
Tapi awak tau ke, saya selalu log in account fb awak senyap2 ??
Awak xtau kan ..
Tu sebab saya nak tau pasal diri awak.
Sampai hati awak buat saya macam ni kan..
Sampai hati awak bencikan saya sampai macam ni ..
Awak bagitau semua kawan-kawan awak, yang awak dah "SINGLE".
Kalau memang niat awak sedikit sebanyak nak sakitkan hati saya lagi, thanks..
Sebab awak dah berjaya pun buat macam tu.
Teruskanlah awak..
Kalau memang awak bahagia hidup tanpa saya..
Memang saya mengaku, saya tak boleh lupakan awak sampai sekarang..
Tapi takpelah..
Kalau dah memang awak betul-betul bencikan saya..
Saya akan cuba untuk lupakan awak..
Tapi saya minta maaf, sebab saya tak boleh nak bencikan awak..

Thursday, 10 May 2012

Awak tak tahu yang sebenarnya...


Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya terlalu sayangkan awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya terlalu perlukan awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya menangisi kepergian awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya teramat merindui awak..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya saya mengharapkan awak kembali..
Awak tak tahu..
Yang sebenarnya hanya awak dalam hati saya..
Awak tahu ke semua ni ?
Awak tak pernah faham dan awak tak pernah cuba untuk tahu..
Saya luahkan semua perasaan saya untuk public sebab saya nak awak faham keadaan yang sebenarnya. Tapi awak cakap saya bajet, nakkan perhatian..
Entahlah..hmm..
Seandainya awak cuba faham semua ni...

Wednesday, 9 May 2012

Study di Unikl RCMP


Okeyh. Ni lah tempat yang bakal aku bertapa selama 3 tahun. Huhuhu.. 
Sesungguhnya, aku tak pernah terpikir langsung untuk melibatkan diri dalam pengajian yang berkaitan dengan sains mahupun perubatan.
Sebabnya, jiwa aku mati-mati minat akaun !!
Malangnya, matriks dengan IPTA langsung tak bagi tempat kat aku.
Huarghhhhh.. Sedih siot ..
So, memandangkan hanya ini ja pilihan aku untuk sambung belajar sebab mengelakkan diri
daripada naik form 6, aku terima tawaran unikl nih.
Diploma in Pharmacist .
Yeah .. That's my course ! :)
Bunyi memanglah agak syok.. Masalahnya, camnerlah aku nak sesuaikan diri dengan subjek KIMIA yang amat-amatlah killer itu !! >.<
Tapi takpe.. Belum usaha belum tahu kan ?
So, siapa-siapa yang dapat kos ni jugak untuk batch 2012 nih, 
janganlah sombong-sombong k ngan aku. 
Takde kawan kot.. huhuhu
Last word from me, sama-samalah kita berjuang demi masa depan kita !! weeeeeeeeee.. ~~

Friday, 4 May 2012

Sweet Couple ~ Scha and Awal

   

Padan kan ? Hehe.. Seriously aku jelous tengok pasangan ni. Sweet gilerlah. 
Sesuai sangatlah diorang ni bersama kan. Hari tu kita semua terpegun dengan ke-machoan Awal sebab dah buat lamaran yang paling SWEET and SURPRISE untuk Scha. Aku sendiri pun 
terpegun tengok. Memang gentleman lah Awal.


Aku harap someone will do this to me too.. awww.. :)


Okey, hari ni diorang dah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah.. :)












Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya baru saja melangkah ke alam rumahtangga. Majlis akad nikah diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.
Dengan sekali lafaz jer Scha kini dah menjadi hak milik kekal Awal dengan 
mas kahwinnya bernilai RM2050.

Congratulations ! :)
Semoga diorang kekal sampai akhir hayat..

Menangislah Sepuas Hati


Menangis. Perbuatan yang pertama apabila kita sampai di dunia ini. Tipulah kalau ada sape yang cakap dia tak nangis pun time keluar dulu. Hahaha .. 


Selalunya, kaum hawa sajalah yang MASTER dalam bab nangis-menangis ni. Haha.. Kena marah sikit, nangis. Merajuk sikit, nangis. Takut pun nangis jugak. Macam mana tu ?
Tapi, bagi aku, menangis dapat mengurangkan segala tekanan perasaan yang kita alami. Mungkin kita tak dapat meluahkan semua tu pada seseorang. Jadi, dengan menangis kita akan berasa lebih lega selepas itu.

Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar apabila kita menangis itu akan membuatkan kita berasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stress dan terlalu banyak berfikir.

Jika dilihat dari sudut sains pula, air mata terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Air mata iritasi - air mata yang keluar akibat daripada benda asing yang berada di dalam mata.
2. Air mata emosional - air mata yang keluar akibat daripada emosi atau perasaan.

Daripada apa yang aku baca, menangis ni jugak satu keajaiban. Nak tahu apa ? Haa.. Apabila seseorang yang emosional tu menangis, air mata yang keluar tu mengandungi banyak protein termasuk hormon yang menyebabkan stres. Jadi, bila kita menangis, air mata itu akan merangsang pengeluaran hormon endorphin sehingga menjadikan kita rasa lebih bahagia. Ajaib kan ?

Oleh itu, kalau stres, menangislah sepuas hati sebab stres tu kalau lama-lama disimpan boleh timbulkan penyakit lain pulak. Gilalah jawabnya! Haha.. Sebabnya, stres boleh diibaratkan sebagai racun. Maksudnya, bila tak dikeluarkan dari dalam badan kita, ia akan menurunkan sistem kekebalan badan kita. Sebab tu lah kita murung. Cara nak keluarkan racun ni hanya dengan dua cara, iaitu sama ada berpeluh dengan bersukan ataupun dengan menangis. Tengah-tengah stres nak pi bersukan ke ? Hahah

So, lebih baik prefer menangis untuk hilangkan segala stres, duka, dan kesedihan kita. Okey ? 

Thursday, 3 May 2012

3 ciri yang perlu dikenalpasti

Assalammualaikum and hye readers . Hari ni aku nak berkongsi beberapa ciri yang kita boleh kenalpasti daripada gerak-geri seseorang sama ada adik kita, abang kita, saudara-mara, jiran, atau sape-sape saja. Ciri apa ? Haa.. bacalah sampai habis !




Sekarang semakin banyak kes yang melibatkan jenayah kejam. Yang paling kejam bagi aku adalah jenayah yang aku gelarkan sebagai "jenayah 3 serangkai" . Apakah itu ? Jenayah yang aku maksudkan ini ialah ROGOL, BUNUH dan BAKAR . Tak ke kejam ??



Ini adalah sebahagian daripada kes tersebut. Teramatlah kejam. Kalaulah negara ada undang-undang untuk bakar balik penjenayah tu kan bagus. Geram aku.

Okey, aku ada tengok MHI hari tu. Mengikut apa yang penganalisis jenayah, Kamal Affendi, dia cakap, kita boleh kenal seseorang yang berpotensi tinggi untuk menjadi seorang penjenayah adalah melalui 3 ciri ini :

1. Sejak kecil suka bermain api. 
2. Sejak kecil suka memukul dan menyeksa binatang.
3. Dari kecil sampai usia dewasa lingkungan umur 21 tahun, masih kencing malam.

Kebanyakan penjenayah mempunyai ciri-ciri ini apabila disiasat. Jadi, sekiranya ada pihak terdekat kita yang mempunyai ciri-ciri ini, haruslah mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai ibu bapa yang paling hampir, didiklah anak-anak dengan sebaik mungkin.

Wednesday, 2 May 2012

Teman Baru !

Hye semua ! Hari ni aku happy sebab dapat "Teman baru" . Heheh.. Ape ? Boyfriend baru ?? Opsss ! Bukan boyfriend baru k.. Takda kena mengena dengan spesies manusia pun. Nak tengok teman baru aku ?

Haaa.. Ni lah teman baru aku ! Comel tak ? hihi

Ada 3 jenis. Hitam, putih and pink . Aku nak putih tapi pink pun comel jugak. So, sekali sekala nak guna pinkie-pinkie ni kan, beli ajalah . Hehe.. 

Memandangkan handphone aku yang lama dah nazak teruk sangat dah, terpaksalah jugak aku beli yang baru. Handphone pun kadang-kadang diperlukan jugak kan ? So, Teman Baru, temanlah aku selalu okey ? hehe