Sunday, 20 January 2013

Tiket Bas Habis !!



Assalammualaikum readers .
Korang dah beli tiket bas ? Belum ??
Ha, padan muka! Muahahah..
Jahat betul aku nih..
Hampeh giler doh , aku cari tiket bas untuk balik cuti raya cina nanti,
semuanya dah habis !!!
BENGANG !!!
Mau tak gitu, semuanya ada extra bus jer.. Aku dah serik nak naik extra bus kot..
Mau tak nyer, aku dah pernah naik, dengan no seat xde , pastu bangsa asing naik bas aku naik tu penuh !
Dah jadi macam bas pelancong luar pulak aku rasa.. Huhuhu
Disebabkan itulah aku beli jugak tiket bas yang aku sendiri tak pernah naik sebelum nih.
Apa boleh buat kan?
Ni lah yang 1 Malaysia ni.
Asal cuti pape jer, orang melayu yang sibuk nak cuti lebih. Haha..
Memey la kan? Sape tak suka cuti ! ngeee ~~
Tak sanggup aku nak terperuk dalam rumah sewa nih sampai seminggu.
Kebosanan yang teramat sangat !!
So,sape2 yang tak beli lagi tiket untuk balik cuti raya cina tu, harap disegerakan lah ye.. hik3..

Monday, 14 January 2013

Officially Sem 2


Assalammualaikum and hye readers !
Sihat ko dok ? ngeh3 ~
Sejujurnya hari ini aku teramat sangat letih .
Letih . Letih . Letih .
Seharian berjalan kaki. Sampaikan aku rasa kaki aku dah takde tulang.
Nampak tak betapa hiperbolanya ayat aku ? haha
Pagi tadi, aku dah setel daftar sem 2. Senior ?? Hihihi .. Ye, sayalah kak senior !
MUAHAHAHA !
Oh plizz . . senior la sangat cik zaf ..
Actually, sakit hati betul aku daftar tadi. Dah tunggu berapa jam beratur, barisan bukan main panjang lagi ala-ala kereta api tanah melayu tu, tiba2 ada je yang menyelit masuk potong turn aku !
Aku rasa kecik besar kecik besar je "makcik2" even badan diorang memang besar dah.
Hishhhhhhhhh !!!!!
Kan aku dah dapat dosa kering yang free kat sini. Maaflah yer.
Selepas peristiwa tersebut, cehhh.. haha
Lepas tu, aku pergi beli barang dekat UO depan kampus tu.
And aku tak tau apa kena dengan aku arini.
Aku masuk Watsons, nak cool fever.
Sekali, aku pun keluar cari kawan-kawan aku kat luar.
SEKALI !!!
Alarm kedai tu berbunyi sebab aku dah bawak barang keluar dari kedai tu tanpa bayar lagi.
Terbaekkkkk.. lah sangat kan?
Aku dengan muka tak bersalahnya terus pi kaunter bayar barang.,
Lepas alarm tu bunyi, pekerja dalam tu pandang aku pelik ja.
Ingat aku nak curi ler tuu.. =p
Lepas aku dah bagi duit semua, aku nak blah.
Bagos, barang aku nak tinggal. Dermawan sangat kan aku ni ?
Hampeh tol !!
Haishhhhhhhhhh..
Tapi, tadi aku dah dapat something.
And this is for my family , and my tuuttttttt.. hihihi
Alhamdulillah .. ^_^

Sunday, 6 January 2013

Nafas Baru


Assalammualaikum u olls..
Happy New Year !
Oh tidak, amat terlambat aku ucap kan ? zzZzZzzz..
Nak kata busy , mungkinlah dengan tidur dan makan. hihihi

Btw, nampak tak blog aku yang serba baru nih ? mueheheh.. Tak payah nak menunjuk sangatlah zaf..
Ekceli, aku jelez giler tengok blog orang lain cantik-cantik bagai.
Ada bungalah, love lah, yang aku ni ?
Pikirlah sendiri .. huhu
So, aku pun cuba-cubalah nak tukar jugak kan.
Cari nafas barulah kekonon..
Sekali !! Nah !! Semua jadi tunggang-langgang.
Baru padan muka aku kan ? hahaha
Tapi, alhamdulillah, nasib baik semua tak hilang.
Maklumlah, aku ni bukannya pandai sangat bab alam maya nih.
Orang kampung ler katakan..
**kampung ler sangat**

Okeylah, yang tu jer nak gitau. Tata !
p/s : sangat malas untuk masuk ke sem 2. oh no ! @_@