Sunday, 22 January 2012

Perangai Lelaki Yang Perempuan Tak Berkenan !


Holla ! :) hehe..aku memang tak dak kerja malam ni.. n aku pun x sure ni nak panggil malam ka pagi.. pagi kot.. semua orang tengah diulit mimpi indah, aku dok update blog nih.. haha ! aku xley nak tidoq la.. so,update la blog ni.. Okey,sekarang ni memang ramai KAPEL kat luaq sane kan.. aku memang tak nafikan.. budak sekolah rendah pun dah ada pasangan dah.. Bukan main lagi bebudak sekarang..Tapi, macam mana pun satu perkara ni memang tak ley nak nafikan lah.. Haa... bilangan lelaki semakin hari semakin berkurang.. Betul ke fakta ni ?
Betul tak betul aku pun tak tau.. Tapi,dari segi pemerhatian n kaji selidik aku memang dah banyak pupus pun.. haha.. mana la pi semua kaum adam ni kan.. Dah la sikit, yang tinggal sikit ni pun xtau yang berkualiti ke tak.. Perempuan pulak makin ramai.. Macam mana tu ? Ok la...guys..you better read this k.. boley la perbetulkan sikap sikit lepas ni k.. Awek memang tak suka laki yang macam aku nak bagitau ni.. :) Enjoy reading !!

  • Yang panas baran - jadilah lebih cool n berfikir dulu sebelum wat pape.. jangan terus melenting jer..
  • Penting diri / Tak suka dengar pendapat orang lain - cuba bertolak ansur n terima pandangan orang lain..jangan pikir diri sendiri jer betul..
  • Pemalas - lelaki memang suka ambil mudah sikit kan..tapi,berpada-padalah k.. nanti tak pasal-pasal kena reject awal-awal.. 
  • Suka berbohong / Tak jujur - yang ni penting giler untuk wat orang percayakan kita..kalau ada sikap ni,cubalah berubah..bukan cuma untuk awek,tapi untuk semua orang sekeliling gak..
  • Tak caring - perempuan suka lelaki yang selalu ambik berat pasal dia..baru dia rasa dihargai..cuba jadi pendengar setia n selalu bagi sokongan..
  • Perasan bagus - kalau ada sikap ni memang payah la pompuan nak melekat sebab asyik cakap bagus je memanjang,sape nak dengaq?huh..
  • Yang pengotor / Selekeh - setahu aku,lelaki ni memang jaga rambut kan?so,x kan nak jaga rambut je..baju semua bagilah smart ckit bro..baru la pompuan terpikat..
  • Suka control - janganlah terlampau control pasangan tu..lambat laun dia akan rimas.. 
  • Playboy - yang ni malas nak kata lah..lelaki hensem selalu buat..huhu..yang ni pikir lah sendiri..kalau sayang kat gf tu,x payah la nak menggatal ngan pompuan len dah..


Dah baca kan ? Haa... tengoklah sikap kita macam mana ok? TQ!! ^^

Thursday, 19 January 2012

PeLuAnG KeDuA


Mungkin betul cakap dia yang aku ni lelaki yang tak ada pendirian hidup. Aku lelaki lemah yang tak sanggup berjuang sebelum peperangan bermula. Dan akhirnya ini yang aku harus lalui. Ya Allah,kenapa dia sanggup berkorban demi kebahagiaan aku. Aku yang harus Kau ambil Ya Allah. Hanya sesalan menerjah di hatiku. Warkah tersebut umpama sembilu yang menghiris hati ketika ini.

     "Dah la Syahir,tak payah lah kau nak meratap surat tu lagi. Dah tak penting dah. Kau takkan dapat bersama dia lagi. Izinkan je la dia pergi. Mungkin itu yang akan membahagiakan dia. Kau nak menyesal sekrang pun dah tak guna."
     "Aku tahu Khai,aku bersalah. Aku lelaki tak guna. Puas hati kau sekarang. Itu yang kau nak dengar kan." Tanpa aku sedar Khai menjadi mangsa tempikanku. Aku buntu,aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang ni.
     "Bukan itu maksud aku Syah,aku tak berniat nak salahkan kau. Semua benda dah jadi. Kau lupakan jela dia dan teruskan hidup kau. Bahagiakan diri kau,mungkin itu yang diharapkan daripada pengorbanan yang dia buat",pujuk Khai. Aku sedar,dalam diam Khai juga menyintai Ira. Tapi sayangnya, cinta Ira hanya untukku.
     "Aku menyesal Khai. Kalau aku tahu ini yang terjadi,aku takkan lepaskan dia. Memang betul cakap dia,aku tak ada pendirian. Tapi kenapa dia buat semua ini." Tanpa aku sedar, air mata yang ku bendung dari terus menitis akhirnya menitis tanpa dipaksa.
     "Bawa bertenang Syah. Ingat Tuhan. Dah la,yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ni,teruskan perjalanan kita. Kau rehat la dulu Syah. Kau tu pun bukannya sihat lagi. Time melawat dah nak habis ni. Aku kena gerak dulu. Insyaalah, esok aku datang lagi."
     "Terima kasih Khai. Kau memang kawan aku dunia akhirat."

Kini aku kembali sendirian di dalam kamar yang telah hampir sebulan menjadi kamar kedua aku. Sekali lagi aku tatap warkah terakhir dia.

          Ke hadapan Syahir yang tersayang,
          Maafkan Ira jika kedatangan surat ini mengganggu Syah ketika ini. Ira harap ketika warkah ini dibaca,Syah berada dalam keadaan yang semakin pulih dan sembuh sepenuhnya. Tiada apa yang Ira harapkan kecuali melihat Syah kembali sembuh seperti dulu. Terlebih dahulu Ira minta maaf jika keputusan yang Ira buat ni mengundang kemarahan Syah. Tapi percayalah Syah, apa yang Ira buat ni adalah demi kebaikan Syah. Inilah pengorbanan yang terbesar pernah Ira buat dalam hidup Ira dan tiada sedikit kesalan bersarang di hati ini. Ira redha dengan segala ketentuan illahi jika pengorbanan yang Ira lakukan ini mengancam nyawa Ira sendiri.

          Syah,
          Syah ingat tak first time kita jumpa dekat Restoran Abah dan Uncle Man? Time tu Syah masam je,takut Ira nak tegur. Iyerlah,orang tu first itme kena kerja teruk. Mula-mula nak tergelak jugak tengok Syah terkial-kial mop lantai, habis basah satu kedai tu dibuatnya. Itulah pertemuan kita yang pertama dan pertemuan itu jugalah yang membibitkan perasaan sayang Ira dekat Syah time tu. Ira ingatkan Ira hanya bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya Syah juga rasa apa yang Ira rasa.Syah ingat tak masa Syah luahkan perasaan Syah masa di taman permainan belakang Restoran Kita tu? Kelakar pun ada. Tengah-tengah hujan lebat boleh pulak Syah luahkan perasaan. Tapi,masa tu Ira bahagia sangat. Ira yakin pilihan Ira kali ni tak salah. Tanpa kita sedar, kita hanya dapat bersama untuk beberapa bulan sahaja sebab Syah kena balik Johor untuk sambung pengajian Syah. Waktu tu hanya Allah ja yang tahu macam mana perasaan Ira ketika itu. Tapi janji Syah menjadi kekuatan Ira untuk teruskan kehidupan tanpa Syah di sisi. Syah cakap, walau jauh beribu batu jarak kita,Ira tetap di hati Syah dan tiada siapa yang mampu pisahkan kita. Dan janji itulah yang Ira pegang walaupun dah hampir setahun berlalu.

          Seperti pasangan lain,kita juga tidak terlepas dari dugaanNya. Ira tak sangka hubungan persahabatan abah dan Uncle Man berakhir dengan pergaduhan. Dan kerana itu juga, secara tidak langdung hubungan kita yang dahulunya direstui dihalang oleh keluarga Syah. Waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu macam mana keadaan Ira selepas Syahberitahu Ira yang keluarga Syah yang minta Syah tinggalkan Ira. Tapi,ketika itu Syah cakap, Syah akan tetap dengan Ira dan akan berusaha yakinkan keluarga Syah tentang hubungan kita. Sedikit sebanyak terubat jugalah sedih di hati.

          Langit tak selalunya cerah, tanpa diduga kedatangan SMS Syah untuk memutuskan hubungan kita meragut separuh daripada diri Ira. Ira minta maaf jika waktu itu Ira masih lagi memaksa Syah untuk teruskan hubungan kita sehingga Ira tergamak cakap Syah tidak tetap pendirian dan bukan lelaki yang sanggup berjuang demi cinta. Dan Ira ingat lagi bila Syah cakap yang Syah sanggup berkahwin dengan perempuan lain tetapi bukan dengan Ira. Masa tu ,Ira rasa terhina sangat. Begitu hinakah Ira dan keluarga di mata keluarga Syah,sedangkan ketika itu Syah sendiri tahu keluarga Ira menjadi mangsa keadaan atas ketamakan Uncle Man sendiri. Ira tahu,Syah sebenarnya tak berniat langsung untuk sakitkan hati Ira masa tu. Apa yang Syah buat masa tu adalah demi kebahagiaan Ira. Ira tahi Syah tak sanggup lagi mendengar cacian dan hinaan dari keluarga Syah tentang Ira kan? Ira redha Syah jika itu yang terbaik untuk kita. Tapi,Ira rasa sedih sangat bila  Syah kata Syah tak mahu kita berhubung walaupun sebagai teman. Itulah yang buat Ira rasa sedih sangat.

          Januari 2009 , Ira telah dinaikkan pangkat sebagai Pra Audit dan ditugaskan di Johor. Dan masa itu, Ira berharap sangat dapat berjumpa dengan Syah walaupun Ira tahu Syah tak mungkin nak jumpa Ira lagi. Ira hanya mampu berdoa agar dapat berjumpa Syah walaupun untuk seketika. Allah itu Maha Besar, doa Ira dimakbulkan. Pada suatu hari,Ira terserempak dengan Khai di sebuah Seminar di Segamat. Khai yang memaklumkan kepada Ira keadaan Syah ketika itu. Mungkin Syah tidak sedar, Ira pernah melawat Syah di hospital. Ira benar-benar tak sanggup melihat keadaan Syah ketika itu. Tiada lagi senyuman yang terukir di wajah Syah. Masa tu,Ira nekad dengan keputusan Ira. Seperti telah ditakdirkan, buah pinggang Ira sesuai untuk Syah. Ira bersyukur sangat bila dimaklumkan lepas pembedahan tu,kesihatan SYah akan kembali seperti dulu. Pada mulanya,,keluarga Ira menghalang. Iyerlah,,tak da keluarga yang tak sayangkan anak kan?Tapi syukurlah akhirnya keluarga merestui keputusan Ira.

          Syah,
          Andai kata Ira tiada lagi di dunia ini,Ira nak Syah teruskan kehidupan Syah seperti dulu.Ira sentiasa mendoakan kebahagiaan Syah dengan orang Syah cintai selepas ini, hargailah dia sepertimana Syah pernah menghargai diri Ira dulu. Ketahuilah syang, hanya Syah di hati Ira. Anggaplah apa yang Ira lakukan sebagai tanda cinta Ira terhadap Syah. Mungkin sudah tertulis yang Ira tercipta bukan dari tulang rusuk Syah, tapi Ira telah tercipta untuk berkongsi buah pinggang dengan Syah. Akhir kata dari Ira, andai Syah merindui Ira, baca Al-Quran pemberian Ira tu. Mungkin Syah akan memperoleh ketenangan selepas membacanya..peganglah kata-kata yang Syah pernah berikan pada Ira dulu.. "aku menyintaimu,kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agam dalam dirimu,hilanglah cinta padamu". Selagi Syah berpegang pada agama Syah, selagi itu Ira akan menyintai Syah walaupun kita tak lagi berada di dunia yang sama.

          Salam sayang,
               Ira......


Warkah tersebut aku lipat semula. Al-Quran penberian Ira yang terletak di sisi katil aku ambil dan aku buka. Sayup hatiku melihat kalimah-kalimah yang tertulis di dalamnya.. Syah janji sayang. Syah akan teruskan kehidupan Syah walaupun Ira tiada lagi disisi Syah. Ketahuilah sayang, hanya Ira yang Syah cintai. Maafkan Syah atas segalanya yang terjadi..

3 Tahun Kemudian...

     "Ooitt..happy semacam nampak. Menang loteri ke?"
     "Hiiisyyyyhhh..kus semangat akulah,,ko nilah Zack. Buat terkezut aku jela. Mangkuk betul.. pe loteri-loteri..Aku tak mainlah benda tu semua. Haram dowh! " Balasku. Memang tak boleh tengok orang senang sikit si Zack nih. Aku baru je nak happy-happy ada je yang nak kacau daun.
     "Iyerlah, aku tengok kau keluar dari bilik bos tadi tersengih-sengih. Ke, bos naikkan gaji kau ek?"
     "Tak lah, ni ha aku dapat projek baru. Handle projek kat Shah Alam." Proposal di tangan ku hulurkan kepada Zack. Memang ini yang aku harapkan. Bosan aku asyik-asyik dapat projek area Johor je. Sekali sekala nak jugak pergi tempat yang jauh-jauh sikit.
     "Fuyooo..Besor project ni ek! Tak sangka pulak tender ni kita dapat kan. Cayalah kau! Confirm pas ni kau dapat naik gaaji kan bro. So,,bila kau nak gerak pergi Shah Alam?"
     "Amboi..macam nak halau aku je kau ni.."
     "Tak adelah,aku tanya je. Nak sentap-sentap plak dengan aku."
     "Next  month aku dah kena lapor diri. Bagus gak aku dapat projek ni,tak delah boring sangat. Asyik dapat projek kat sini je."
     "Tau tak pe. Sangap gak kalo selalu handle projek sini je. Nanti kat sana kau stay mane?"
     "Em..Aku paln nak lepak rumah Khai je kot. Malaslah aku nak lepak dengan budak-budak site. Kau tahulah bebudak tu kan."
     "Ok la tu,nanti kirik salamlah kat Khai. Mamat tu sekarang busy bukan main. Iyerlah,dah jadi orang bandar kan. Busy mengalahkan PM."
     "Hahahaha..kau ni la Zack,dengar si Khai tu touching plak mamat tu. Dahlah,aku nak balik. Kau tak nak balik ek?"
     "Iyerlah-iyerlah. Nak geraklah ni. Malam nanti aku ada date ngan Shiela. Kau tu,nanti dah pergi sana carilah awek. Sian aku tengok kau ni. Nak kata muka tak hensem..hensem je aku tengok. Sekali tengok macam Jehan Miskin. Dua kali tengok memang macam kau lah. Tapi,apapun aku hensem lagi.", mamat ni memang tak habis-habis nak kenakan aku.
     "Tak sayang mulutlah kau ni ek. Kang aku usha awek kau baru kau tahu. Dahla,aku gerak dulu."
     "Relaxlah bro,marah plak. Ok la,jumpa esok. Wasslam.

Macam yang aku sendiri agak, memang mama tak bagi aku kerja luar. Ada je jawapannya nak halang aku. Kadang-kadang tensyen aku,kenapalag diorang ni layan aku ni macam aku ni budak kecik. Kalau dulu ok lah,kecik lagi. Ni bukan kata budak lagi,, dah boleh bapak budak dah pun. Malam itu memang berperang mulutlah aku dengan mama. Paling aku tak leh blah,dia bagi aku transfer kat Shah Alam dengan syarat aku kahwin! Giler ape.. ingat senang ke nak cari pompuan sekarang ni..

     "Mama tak peduli,kalau Syah nak jugak transfer kat sana,Syah kena kahwin! Sekurang-kurangnya,3 tahun Syah kat sana ada orang yang boleh tengok-tengokkan Syah. Tak adalah mama risau sangat."
     "Ma,Syah dah besar la ma. Dah 28 tahun dah pun. Macamlah Syah tak leh jaga diri Syah sendiri. Ma ingat senang ke nak cari perempuan sekarang ni." Bantahku. Bukan aku nak berniat biadab tetapi dah terlalu lama aku ikutkan cakap family aku. Semua benda kena ikut cakap diorang.
     "Sape kata tak ada. Tu hah,anak Mak Uda si Aisyah tu,ok je. Bukan orang lain, sepupu kamu juga. Dia pun bukan ada sape-sape lagi lepas Hamdan tinggalkan dia. Mama tengok dia pun macam ada hati je dengan kamu." Giler ape mama nak jodohkan aku dengan si Aisyah bdak gedik tu! Macamlah aku tak tau,si Aisyah tu kena tinggalpun sebab menggatal dengan lelaki lain.
     "Ma, pleaselah jangan paksa Syah lagi. Syah pergi sebab kerjalah,bukan jauh pun. Every week Syah baliklah.. And one more thing, please jangan paksa Syah kahwin dengan Aisyah or dengan mana-mana perempuan. Sampai jodoh Syah,Syah kahwinlah. Dulu time Syah ada pilihan sendiri semua halang pilihan Syah. Last-last, sape jugak yang selamatkan Syah kalau bukan dia. Kalau bukan dia, entah-entah Syah dah mati " Aku tak sangka aku boleh jadi seberani begini melawan kata-kata mama. Mama sendiri terkejut melihat perubahan aku ketika itu. Mungkin telah sampai masanya aku tentukan sendiri hala tuju kehidupan aku.
     "Syah, sampai hati Syah cakap mama macam tu. Syah ingat mama suka-suka ke halang hubungan kamu dulu. Mama terpaksa Syah. Kalaulah masa diputar semula, mama takkan halang hubungan kamu berdua. Tapi apa yang mama mampu buat, semua benda dah jadi." Ku lihat wajah mama bertukar sugul. Kelihatan ada air bertakung di kelopak matanya. Aku tahu, aku telah mengguris perasaannya. Tapi, kali ini aku harus bertegas.
     "Ma, Syah minta maaf. Syah tak berniat nak berkasar dengan ma. Syah tahu apa yang terjadi bukan salah mama. Cuma, Syah nak ma faham situasi Syah sekarang ini. Lagipun, bukannya lama. Habis projek tu nanti Syah baliklah. Pasal Syah, ma tak perlulah risau. Pandailah Syah jaga diri. Lagipun kat sana Syah tinggal dengan Khai. And lagi satu pasal kahwin tu ma tak payah la risau. Sampai masanya nanti Syah kahwinlah. Dan masa tu, Syah harap siapa pun pilihan Syah nanti,Syah nak ma dan yang lain restui hubungan tu nanti." Tangan mama ku capai dan ku kucup tangannya. Aku sedar selama ni pun aku tak pernah bantah cakapnya.


Dah hampir setengah tahun aku dekat Shah Alam. Memang tak sangka sampai jugak aku kat Shah Alam ni.Tempat yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Terlalu banyak kenangan tercipta di sini. Mungkin kerana kenangan itu juga yang membuat aku meronta-ronta untuk menerima tawaran menguruskan projek pembinaan MSU universiti. Aku sedar,, masa tak mungkin diputar semula dan Ira tak mungkin kembali di sisi aku. Tapi, kenangan ini tetap kekal di dalam diri ini.

Kereta yang aku pandu sampai di tempat yang dituju. Kereta aku parking di belakang sebuah kereta Kelisa. Kereta itu mengingatkan aku pada seseorang yang bertakhta di hatiku. Katanya dulu kereta Kelisa tu sesuai untuknya sebab kecil macam dia. Nak tergelak aku bila dia cakap kereta tu comel macam dia. Aku pula suka sakat dia cakap dia perasan. Tapi hakikatnya, aku tak nafikan dia memang comel. Dan yang paling aku tak boleh lupa gelagatnya yang seperti kebudak-budakkan. Sekalipun aku tak pernah tengok dia sedih. Bagi aku hidupnya penuh dengan keceriaan. Bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman. Dan senyuman itulah yang telah menambat hatiku sehingga kini. Tapi sayang, cinta yang aku janjikan menjadi racun dalam kehidupannya. Maafkan aku Ira.

Jalan ku atur ke arah taman permainan yang pernah menjadi saksi cinta kami. Taman ini tetap sama seperti 5 tahun dulu. Ku lihat beberapa orang kanak-kanak riang bermain sesama mereka. Langkah ku atur kemas menuju sebuah bangku kosong. Di bangku ini jugalah aku bergurau senda dengannya.

     "Syah..Syah sayang Ira tak?"
     "Mestilah sayang..Sayang sangat-sangat.."
     "Kalu gitu,Syah janganlah tinggalkan Ira."
     "Yelah..Syah takkan tinggalkan Ira."
     "Kalau Ira mati,, Syah cari pengganti Ira yang comel macam Ira jugak."
     "Amboi,,demand ek. Kenapa pulak nak cari yang macam Ira. Syah cari yang lagi cun." Sakatku ketika kami curi-curi keluar dari kedai Uncle Man.
     "Takleh-takleh! Kena yang comel macam Ira jugak. Kalau tak nanti Ira jadi hantu kacau Syah!"

Dulu aku memang rasa pelik. Marah betul dia bila aku kata dia cantik. Dia kata dia tak cantik tapi comel. Rupa-rupanya, dia kata kalau cantik tu tak kekal lama tapi kalau comel samapai tua pun tetap comel. Nak tergelak aku bila dia explain perbezaan cantik dan comel. Tapi bila difikir-fikirkan balik betul jugak apa yang dia cakap tu. Tapi sayang, itu semua hanya tinggal kenangan. Macam manalah aku nak cari pengganti yang macam dia. Walaupun kami hanya bersam tak sampai setahun, tapi terlalu banyak kenangan yang aku habiskan sepanjang aku tolong Uncle Man di kedai.

     "Maaf encik, encik dah duduk kat bangku sayalah." Lamunanku terhenti bila ada seseorang menyapaku dari belakang. Pelik juga aku. Sejak bila pulak bangku dekat taman ni ada pemilik. Tiap-tiap hari aku datang taman ni tak ada pula orang marah. Cuma hari ni je aku terlewat datang sebab aku kena pergi site.

     Tapi....kenapa suara tu macam aku pernah dengar. Erm..khayalan aku je kot. Biarlah, bukan ada nama dia pun tertulis kat bangku ni.

     "Encik ni dah pekak ke! Kan saya dah cakap ini bangku saya!" Isssyyhh..perempuan ni memang nak kenalah!
     "Cik adik ingat ni tempat cik adik sorang ke?" Tegurku serentak itu juga badanku pusing menghadap tuan empunya badan. Dan ketika itu aku melihat seorang gadis yang amat ku kenali. Adakah aku bermimpi? Namun, ternyata aku tidak bermimpi kerana dia juga turut terkejut melihat aku. Nafasku seolah-olah berhenti ketika ini.
     "Tak pelah, encik duduk jelah tempat tu." Gadis itu berlalu  pergi menuju ke kereta Kelisa yang diparkir di hadapan keretaku.

Tanpa aku berfikir panjang, aku terus mengejarnya kerana aku yakin bahawa dialah gadis yang sentiasa menemani tidurku.

     "Ira!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Laungku. Aku bergegas menahan pintu kereta dari ditutup. Aku lihat reaksi wajahnya berubah selepas melihatku. Kini, aku makin yakin bahawa dia bukanlah mainan mimpiku. Dan hatiku kuat mengatakan bahawa dialah cinta hatiku. Mataku tertancap pada sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Mana mungkin aku boleh lupa. Itulah cincin pertama yang aku pernah hadiahkan padanya dulu.
     "Sorry,saya rasa awak salah oranglah. Tepi sikit, saya nak cepat ni." Aku lihat dia semakin tidak selesa dengan situasi ini. Dan aku juga masih tertanya-tanya. Apa yang terjadi sebenarnya? Kalau benar Ira dah pergi meninggalkanku, siapa pula di hadapanku ini? Aku yakin dia adalah Ira. Ira Nabila Syazwani. Gadis yang pernah bertarung nyawa demi menyelamatkanku.
     "Ira... Syah tahu yang berada di hadapan Syah ni memang Ira."
     "Sorry, awak salah orang." Sangkalnya sekali lagi.
     "Tak! Syah tak salah orang. Cincin itu adalah bukti yang Ira adalah Ira Nabila Syazwani yang pernah gadaikan nyawanya demi selamatkan Syah. Tanpa aku teragak-agak, tangannya kucapai dan cincin di jarinya ku tanggalkan. Memang dia adalah gadis yang sama yang pernah aku cintai. Ternyata tulisan "Syah & Ira" pada cincin itu masih terpahat disitu.
     "Kenapa Syah datang sini..?" Akhirnya dia bersuara. Ada nada tangisan yang ku dengar. Ku lihat dia hanya menundukkan wajahnya. Tidak sudikah dia melihatku lagi?
     "Dan kenapa pulak Ira ada kat sini?Ape makna semua ni? Dan surat tu?" Tanyaku bertalu-talu. Aku perlukan jawapan. Hampir 4 tahun aku terseksa menanggung rindu.
     "Mungkin itu yang terbaik untuk kita. Syah sendiri cakap yang Syah tak nak lagi tahu pasal Ira lepas kita putus dulu. Dan sekarang, kenapa Syah datang sini."
     "Maafkan Syah..Syah tahu Syah bersalah.. Syah cuba nak lindungi Ira. Syah tak sanggup lihat Ira menderita dicemuh keluarga Syah. Tapi, tanpa Syah sedar Syah sendiri yang dah seksa Ira..Syah minta maaf. Please Ira, jangan tinggalkan Syah. Berilah peluang kedua untuk Syah tebus kesalahan Syah. Syah janji Syah takkan sia-siakan Ira lagi. Cukuplah selama 4 tahun kita menanggung derita.." Kali ini aku nekad tidak akan lepasnya pergi lagi. Cukuplah apa yang telah terjadi. Tanpa rasa malu, aku melutut di hadapannya.. Jika perlu ku rendahkan ego kelakian aku, aku sanggup. Segalanya demi dia.
     "Syah, bangunlah Syah. Orang tengoklah. Sedarlah Syah.. Kita tak mungkin bersama. Memang hati Ira masih untuk Syah. Sehingga kini tiada siapa yang mampu merampasnya. Kita kena terima takdir ini Syah. Mungkin dah tertulis kita bukan ditakdirkan bersama." Deraian air mata semakin laju membasahi pipi gebunya. Dan tanpa kami sedar titisan hujan mula menyembah bumi. Tapi aku.. masih seperti tadi. Melutut di hadapannya. Biarlah hujan lebat mana sekalipun, aku tetap tidak akan berganjak selagi tidak mendengar kata putusnya.
     "Tak, Syah takkan bangun selagi Ira tak terima Syah balik. Ira ingat tak surat yang Ira bagi tu. Dalam surat tu, Ira cakap  "Mungkin sudah tertulis yang Ira tercipta bukan dari tulang rusuk Syah, tapi Ira telah tercipta untuk berkongsi buah pinggang dengan Syah." Tapi tak mustahil kan kalau Ira juga memang tercipta untuk Syah. Syah tahu, Ira takut family Syah tak terima hubungan ni kan? Syah yakin bila diorang dapat tahu yang Ira masih hidup, pasti diorang gembira. Diorang dah menyesal atas perbuatan diorang Ira. Tak boleh ke Ira memaafkan segala perbuatan diorang dulu."
     "Ira dah maafkan diorang Syah. Mungkin Syah tak tahu. Lepas operation tu, Uncle Man ada berjumpa dengan abah. Segalanya telah selesai Syah. Tiada lagi sengketa antara keluarga kita." Ku lihat ada senyuman terukir di bibirnya. Mungkin ini suatu harapan untuk aku kembali bersamanya kembali cerah.

     "Tapi surat tu????"
     "Memang sengaja Ira buat macam tu. Ira tak nak Syah terhutang budi dengan Ira. Dan Ira tak nak Syah terima Ira sebab nak balas budi. Apa yang Ira lakukan adalah dasar cinta Ira dekat Syah. Bukan sebab lain. Lagipun Syah sendiri yang cakap Syah tak nak jumpa Ira lagi. Thats why Ira minta mak serahkan surat dan naskhah Al-Quran tu dekat Syah dan maklumkan yang Ira dah tiada." Terpaku aku mendengar penjelasannya. Begitu mulia hatimu Ira..
     "Ira..Syah mintak maaf. Percayalah sayang sesaat pun Syah tak pernah lupakan Ira. Cinta ini tetap kekal sampai bila-bila. Syah sendiri menderita atas keputusan yang Syah buat dulu."
     "Syah tak salah pape pun..Tak perlulah Syah minta maaf. Dah, bangunlah. Hujan dah lebat dah ni. Dah habis basah dah ni." Ira menarik lenganku agar bangun. Tapi aku masih kaku seperti tadi.
     "Tak, Syah tak akan bangun selagi Ira tak jawab pertanyaan Syah. Sudikah Ira Nabila Syazwani menjadi  isteri Syahir Syazman?"
     "Ermmm.. Ira ada keluarga. Kalau Syah betul-betul nakkan Ira, mintalah cara baik dengan mak dan abah. Bukannya dengan cara macam ni." Senyuman di bibirnya benar-benar membuatku bahagia kini.
     "Maksudnya Ira terima la ek..? Kalau macam tu, bulan depan Syah masuk meminang!"

Aku bingkas bangun. Sakit jugalah kaki aku melutut lama-lama. Tapi itu semua tak penting. Yang penting Ira menjadi milikku. Cincin di tanganku, kusarungkan kembali di jari manisnya.

     "Cepatnya..."
     "Syah takleh tunggu lama-lama dah. Cukuplah 4 tahun kita menanggung rindu. Dan terima kasih sayang atas segala pengorbanan yang telah Ira buat untuk Syah."

Kulihat wajahnya kemerah-merahan menanggung malu. Tapi dalam diam aku tahu kami sama-sama merasai kegembiraan itu. Hujan yang semakin lebat tidak lagi kami hiraukan sama seperti ketika aku melamarnya menjadi kekasihku. Dan kini, bersaksikan taman ini juga aku melamarnya menjadi isteriku.

Ya Allah,aku memanjat seribu kesyukuran atas peluang kedua yang kau berikan padaku. Dan aku berjanji aku akan membahagiakannya seumur hidupku. Akan aku didiknya menjadi seorang isteri yang solehah. Semoga kasih ini kekal abadi untuk selamanya.....

~ THE END ~

Thursday, 5 January 2012

Jangan Lupakan Aku.. :(

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu
Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu 
Sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku kau terus lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyanyangimu sepenuh hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu..


#juzalyric#

Sekarang mood aku sedey jer..nak tau sebab??hurmmm..sebabnya boyfriend aku akan tinggalkan aku..huhuu..amat menyedihkan..
Aku punya la berharap dapat sambung berlajar satu U dengan dia nanti..tup..tup..dia dapat tawaran dulu dari aku..

Ok..fine..aku tau dia lagi pandai dari aku..Sekarang baru aku rasa menyesal sebab tak nak betul2 fokus time berlajar dulu..kan sekarang dah rugi..
Cikgu..saya nak masuk form 5 balik boleyh tak?? :(


Walaupun aku sedeyh,tapi aku tetap bangga dengan dia..bukan senang nak dapat tawaran sebelum result keluaq kan..

Tapi,jauh di sudut hati aku,aku tetap risau..Yelah,kot2 lah dia terjumpa awex yang lagi comey ka kan..
Aku kat sini dok melangut sorang2..huhu ^^,

Macam mana pun..aku tetap doakan yang terbek untuk dia..belajaq rajin2 tau..nanti boley keja cepat,boley belanja macam2..heheee ^_^

Awakk..jangan pernah lupakan kite tau..kite salu sayang awak..salu ingat awak..
Dan selalu tunggu awak.. :)