Sunday, 26 May 2013

Perasaan Wanita : Unik ?

 Assalammualaikum..

"Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki tetapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah disakiti."

Kalaupun seseorang perempuan itu, luarannya memang lembut, senang didekati, dan mudah tersenyum.. Tapi tak bermakna kamu, kaum Adam boleh mempergunakannya sesuka hati.. Hati itu milik Allah. Seandainya kamu mempermainkan hati seorang perempuan, samalah juga seperti kamu mempersendakan ciptaan Allah. Walaupun perasaan seseorang itu tak dapat kita lihat dengan mata kasar, tetapi sakitnya dimainkan perasaan itu hanya Allah yang tahu.

Mungkin kita boleh tersenyum tatkala kita puas melihat seseorang yang telah kita mainkan perasaannya itu menangis dan terluka, tapi sedarkah kita bahawa suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi yang sama ? Allah itu Maha Adil. DIA tidak pernah pilih kasih pada hamba-hambaNya.. Apa yang kita beri pada orang, benda itulah yang bakal kita dapat semula.

Walaupun perempuan pada lumrahnya memang diciptakan dengan penuh kelembutan, tapi tak semua sama sikapnya. Begitu juga lelaki. Aku tau, bukan semua laki yang begitu kejam mempermainkan hati perempuan ni. Sesetengahnya sahaja. Tapi, bagi aku.. dan pengalaman aku sendiri. Kebanyakan lelaki hanya menggunakan janji-janji manis untuk mendekati seseorang. Dan kemudian, mengambil kesempatan atas perempuan itu lalu meninggalkan tanpa sebarang alasan. Adilkah ??

Wahai kaum Adam.. Seandainya awak memang tak ada niat untuk memiliki seseorang perempuan tu, lebih baik awak jangan melayannya seperti seorang yang istimewa dalam hidup awak. Awak sedar tak, bila awak buat macam tu, perempuan akan menaruh harapan pada awak ? Awak akan buat perempuan itu salah faham pada awak. Sedangkan awak hanya menganggap dia tidak lebih daripada kawan. Apa yang dia rasa apabila dia dapat tahu kenyataan yang sebenar ? Hatinya akan kecewa. Ya, awak sekaligus telah menghancurkan sesuatu yang milik Allah. Iaitu HATI ! Bila perempuan itu menangis, awak juga turut berdosa sebab awak telah sakitinya. Awak sanggupkah tanggung semua itu ?

Perempuan.. walaupun luarannya lembut, tapi sekali hatinya terluka, bertahun pun parut itu akan berbekas. Dia bukan berdendam. Tapi, parut itu yang membuatkan dia berjaga-jaga. Semua orang takut akan kekecewaan. Jadi, janganlah kecewakan seseorang kalau kita pun tak nak dikecewakan seseorang.